RENCAH-RENCAH DARI KUALA LUMPUR

>> Tuesday, April 1, 2014










RENCAH-RENCAH DARI KUALA LUMPUR





Lapangan Terbang Ismail Petra Dari Jendela Dewan Berlepas



Ketika berada di Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa untuk menaiki kepal terbang ke ibu negara Kuala Lumpur, beberapa hari yang lepas, ingatan kepada kehilangan MH307 kian rancak bermain dalam kepala. Sampai hari ini pun, setelah tiga minggu lebih pesawat itu hilang dalam udara, pencariannya tidak langsung membuahkan hasil. Di mana ia berada sehingga sekarang, hanya Allah sahaja yang mengetahui.


Kek Sambutan Birthday


Hari saya berlepas ke KL itu, ialah hari Khamis 27 Mac, dan saya berada dsemula di Kota Bharu pada 30 Mac,  dan hari ini sudah hari Selasa 1 April 2014. Sejak kira-kira dua bulan yang lalu saya telah menukar jenama kapal terbang yang saya naiki sekian lama. Cari perubahan. Tapi layanan yang diterima daripada kakitangan-kakitangan penerbangan tidaklah lebih baik daripada kapal terbang yang saya biasa naik sebelumnya itu. Mereka tidak sefamiliar sebagaimana kakitangan-kakitangan kapal terbang yang saya naik dulu, yang lebih ramah dan suka membantu para penumpang.



Pagi Sabtu Di Pasar Tani Saujana


Walau bagaimana pun suasana dalam kapal terbang serupa juga. Khususnya tentang pakaian para pramugari-pramugarinya yang sama-sama terbuka di angkasa. Cantik-ricantik dan manis-manis, sedap dipandang. Ada pesona? Yang berbezanya ialah hidangan ringannya, antara kek dan air buah-buahan dengan biskut kering bersama dengan air mineral.


Sebelah malamnya secara kebetulan saya berada dalam majlis birthday anak salah seorang sahabat baik kami. Tidak ada apa-apa cara istimewa, selain dari bersalawat, berdoa dan menikmati jamuan ringan. Cukup bersahaja. Jamuannya behun goreng, kek birthdaya, dan pulut kuning. Minumannya teh. Anak sahabat saya itu perempuan, berusia sepuluh tahun. Semoga. Allah kurniakan kebahagian dunia dan akhirat kepadanya.


Majlis itu pula bersih dari pergaulan bebas, dan tidak dihiasai dengan pendedahan aurat oleh mereka yang ikut merai.



                                           Solat Jumaat Di Masjid Jelutung

 
Pada hari Sabtu pula kami menghadiri majlis perkhawinan keluarga saudara sahabat kami di Sungai Buluh. Sempat manyaksikan persandingan dua pengantin yang ditakhtakan di atas pelamin yang bertatahkan  bunga-bunga dan lampu-lampu warna warni. Persandingan diadakan secara terbuka di hadapan rumah. Waktu itu para jemputan sedang berbondong-bondong tiba meraikan majlis perkahwinan yang meriah itu. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan rahmat kebahagian kepada kedua pengantin baru, yang sama cantik sama padan, macam pinang dibelah dua.



                           Pengantin Baru Di atas Pelamin. Sama Cantik Sama Padan.

Sesungguhhya saat diijabkabulkan sebagai suami isteri dan saat lahir adalah merupakan sebahagian daripada waktu-waktu penting dalam kehidupan manusia. Itulah sebabnya kedua-dua saat itu diperingati oleh mereka di sepanjang hayat. Dirai dan dirayakan, bukan sahaja oleh mereka yang terlibat, tapi juga dijemput juga orang-orang  lain untuk berkongsi kebahagian bersama mereka.




Pengantin Perempuan Di atas Pelamin





Setelah urusan selesai, maka pada hari Ahad malam Isnin, saya bertolak balik ke Kota Bharu. Syarikat penerbangan awal-awal memaklumkan penerbangan telah ditunda dari pukul tujuh lima belas kepada pukul sembilan lima minit malam. Namun begitu kapal terbang hanya bertolak kira-kira pukul sembilan setengah malam. Alhamdulillah semuanya selamat.


 

Para Tamu Di majlis Kahwin





Sebelum sampai ke lapangan terbang, kami singgah dahulu di sebuah kedai buku reject di Petaling Jaya. Ia terletak di sebuah pasar raya. Memang banyak buku di situ, dan harganya pun memang murah. Buku-buku baru, dan bukan buku secondhand. Harga asalnya beratus-ratus ringgit tapi dijual dengan harga belasan ringgit sahaja. Saya sempat membeli beberapa buah buku, dan berharap Insyallah akan datang lagi di masa-masa akan datang.



Tiga Saudara Menghadapi Hidangan





Tamu Menerima Layanan



Selepas selesai membeli buku, sebelum bertolak ke Subang, kami berempat iaitu Sidi Arham, Sidi Irwan, Sidi Abdul Hayyai dan saya singgah makan di sebuah kedai makan di pasar raya itu, yang memang terkenal dengan masakan Nogori. Selepas makan barulah kami bertolak ke Subang dan sampai menjelang waktu Maghrib. Terimakasih kepada sahabat-sahabat yang sudi dan bersusah payah menghantar saya ke lapangan terbang.




Bersama Sahabat

















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP