CARBOOT SALE & TAMU-TAMU

>> Wednesday, May 7, 2014




CARBOOT SALE &TAMU-TAMU


Pada hari Ahad, cuti mingguan, minggu ini saya telah dibawa berkunjung ke satu tempat penjualan yang agak unik juga di Soujana 3, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.


                                         Tamu menikmati hidangan


Tempatnya satu ruangan kosong yang luas dan berteduh Su Mall yang terletak di sisi bangunan Bank Islam. Para penjual, menjual barang-barang mereka dari bonet kereta masing-masing. Namun begitu, sebagai pameran, sebahagian daripada barang-barang itu dikeluarkan dari bonet dan diletak atau digantung berhampiran kenderaan masing-masing dalam ruang yang terbatas.


Ia dikenali dengan “Carboot Sale”, yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad, di mana para penjual dikenakan bayaran RM15 untuk sebuah kereta yang ingin membuka perniagaannya di situ.


                                          Sebahagian dari para tamu


Waktu kami sampai itu para penjual pun masih belum ramai, dan sedang berdatangan. Demikian juga pembelinya  masih belum tiba lagi. Para penjual terdiri dari lelaki dan wanita, malah ada juga berkeluarga yang ikut menjual bersama-sama.


Tamu kita


Mengikut kenyataan yang tertera di situ, perniagaan mulai dibuka pada pukul lapan pagi dan berlanjutan hingga ke pukul sembilan malam.


Ada berbagai-bagai benda yang diperdagangkan, termasuk pakaian-pakaian, alat-alat kegunaan wanita, pengikat rambut, minyak wangi, pencuci muka, buku-buku dan majalah-majalah. Waktu saya sampai itu kebanyakan barang-barang yang dipamerkan ialah terdiri daripada barang-barang terpakai, termasuk buku-buku dan majalah. Harga barang-barang itu sungguh istimewa.


Pada hemat saya, alangkah baiknya kiranya, pehak-pehak tertentu, khsususnya pehak penganjur jualan tersebut, memberi kerjasama dengan menganjurkan acara-acara berupa promosi untuk memperkenalkan dan mepertingkatkan kunjungan orang ramai. Ada berbagai-bagai acara yang sesuai boleh diadakan untuk menarik kehadiran orang ramai.


                                          Di Carboot Sale


Sejurus saya teringat negeri saya Kelantan, khususnya di kawasan Perbandaran Kota Bharu, sejauh yang saya tahu ada juga kenderaan- kenderaan, khususnya dari jenis  van yang menjual nasi dari dari kenderaan mereka. Ada yang bergerak mulai pada waktu pagi dan sehingga tengah hari, taim pekerja pejabat rehat, di mana mereka akan keluar mencari makan tengah hari.


Selain itu kebanyakan mereka menggunakan kereta untuk berjualan di kawasan-kawasan perumahan dan di kampung-kampung. Tapi barang yang mereka bawa ialah makanan-makanan, seperti ikan-ikan, sayur-sayuran dan beraneka kueh-mueh, dan nasi bungkus  yang diletak dalam bonet kereta mereka.


                                          Ruang niaga yang lapang

Penjual-penjual ini akan bergerak dari setempat ke setempat hingga sampai ke waktu tertentu setiap hari. Bila sampai di sesuatu tempat yang strategik, mereka akan memberhentikan kenderaan, lalu turun membuka bonet kereta, atau pintu van sebelah rusuk luas-luas untuk mempamerkan barang-barang yang mereka bawa dan dipilih oleh bakal-bakal pembeli mana-mana yang berkenaan atau disukai.


Penjual-penjual berkenderaan seperti itu biasanya mendapat sambutan, di kalangan suri-suri rumah yang mempunyai kurang kemudahan atau tidak berminat untuk pergi ke pasar-pasar atau pasar raya untuk membeli-belah, lebih-lebih lagi bahan-bahan yang mereka beli dari kenderaaan itu, merupakan barang-barang yang masih fres. Biasanya kebanyakan mereka merupakan pelanggan-pelanggan tetap.


Saya juga teringat sehari sebelumnya, ada tamu-tamu berkujung ke rumah pada cuti hari minggu. Mereka terdiri daripada beberapa keluarga, seramai empat belas atau lima belas orang semuanya.


Mereka dihidang secara ala kadarnya mengikut kesempatan. Antaranya ialah nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, roti canai dan sebagainya, serba sedikit.


                                          Berhampiran Bank Islam

Kami amat bersyukur dengan kedatangan para tamu yang dihormati, dan membawa rahmat bersama mereka. Semoga rahmat itu melimpah ke atas kami semua.


Di majlis itu dapatlah kami bertukar-tukar fikiran, berkongsi pengalaman, meminta pandangan, dan seterusnya menyimpulkan tali mahabah dan kasih sayang yang telah termetrai sekian lama.


Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan dalam peti.
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP