UKRAINE DAN MALA PETAKA CHERNOBYL

>> Friday, July 25, 2014






UKRAINE DAN PETAKA CHERNOBYL


MH17 telah ditembak jatuh pada 17hb Julai, 2014 di Ukraine, merupakan tragedi berdarah yang amat memilukan hati, khususnya kepada keluarga yang terlibat dalam petaka berdarah itu, dan juga negara kita Malaysia di mana MH17 adalah milik MAS kepunyaan kerajaan Malaysia.Takziah untuk mereka semha, dan Al-Fatihah untuk umat Islam yang terkorban.

 Yang Musnah




Angkara siapakah yang menembak kapal terbang itu  belum dapat disahkan lagi kerana masih dalam penyiasatan yang menghadapi berbagai-bagai kesukaran. Kedua-dua pihak yang melibatkan dua kuasa besar dunia masih saling tuding menuding jari. Pihak pemberontak Donsetk yang pro-Russia menuduh kerajaan Ukraine yang bertanggungjawab melakukannya, sementara pihak Ukraine yang pro-Amerika pula menuduh pihak pemberontak yang bertanggungjawab menembak MH17. Hanya penyiasatan yang wajar dan telus sahaja dapat merungkai siapa yang sebenarnya yang menjadi pembunuh.


Walau bagaimanapun tragedi ini mengingatkan kita kembali peristiwa petaka loji nuklear  yang berlaku di Chernobyl, yang terletak 14,3 km arah ke Selatan hampir tiga dekad yang lalu. Petaka itu menimpa Setesen Janakuasa Nuklear Chernobyl pada 26 April 1986, yang merupakan salah satu bencana yang seumpamanya yang  terburuk pernah berlaku dalam sejarah. Ia berlaku ke atas loji no 4, iaitu loji nuklear itu yang telah meletup tanpa diduga yang menjadi sebab kemusnahannya.


Masa itu Ukraine merupakan sebahagian daripada negara Kesatuan Soviet yang besar itu, dan bertanggungjawab ke atas projek raksaksa itu. Ukraine kini merupakan serpihan daripada negara Kesatuan Soviet yang telah mengistiyarkan kemerdekaannya tidak berapa lama dulu.


Mengikut kajian letupan di janakuasa nuklear itu menimpakan kesan buruk seratus kali ganda lebih besar daripada kesan bom nuklear yang digugurkan ke atas Bandar Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua 1945 dalam usaha Pihak Berikat untuk menumpaskan Jepun yang telah mabuk kuasa ketika itu.


Letupan loji tenaga nuklear itu telah mencemarkan udara dengan bahan-bahan radio aktif yang merbahaya di Ukraine dan seluruh bahagian Barat Kesatuan Soviet pada masa itu, malah juga telah sampai ke negara-negara Eropah. Salah satu penyakit yang mungkin ditimpakannya ialah kanser, terutama kanser tyroid akibat pancaran radiasi. Minuman susu di negara-negara Eropah didakwa telah tercemar, dan menimpakan penyakit, khususnya kepada kanak-kanak yang meminum susu-susu yang telah tercemar oleh bahan-bahan radio aktif  yang bertebaran dalam udara yang telah merebak sampai ke negara mereka.


Untuk mengelak janaskuasa itu daripada terus menjadi ancaman, tindakan awal yang diambil ialah menimbus blok 4 yang meletup itu untuk mencegahnya daripada terus mengeluarkan bahan-bahan radio aktif yang merbahaya itu. Bangunan itu segera ditimbuskan dengan pasir yang dicurah dengan menggunakan helikopter untuk memadamkan api dari terus menyala dan mengeluarkan radio aktif, dan boron digunakan untuk mencegah pengeluaran radio aktif seterusnya. Beberapa minggu kemudian bangunan itu terus ditutup dengan bangunan konkrit yang dipanggil “sarcophyus” untuk mengurang pelepasan radio aktif seterusnya.


Sebagai tindakan pencegahan selanjutnya, kerajaan Russia telah menebang dan mengambus pokok-pokok pain sepanjang kira-kira satu kilomter  berhampiran dengan janakuasa yang musnah itu untuk mencegah daripada berlaku pencemaran di situ dan juga di kawasan yang berhampiran. Walaupun tiga buah janakuasa itu terus digunakan juga buat beberapa waktu, tapi akhirnya ketiga-tiganya juga telah ditutup demi kebaikan.


Akibat peristiwa yang tidak diingini itu, ribuan penduduk Chornbyl terpaksa dipindahkan demi menjaga keselamatan mereka daripada ancaman debu-debu radio aktif yang beracun. Selain itu kawasan sejauh 30 km daripada tempat kejadian yang mengancam itu telah dikosongkan. Pihak berkuasa Russia terpaksa menghabiskan perbelanjaan sebanyak 18 milion rubel untuk menampung kos pemulihan janakuasa itu, dan peristiwa pahit ini juga telah menjejaskan ekonomi Russia.


                                          Sepi Ditinggalkan

Hari ini tidak ada lagi manusia tinggal dalam kawasan sekitari bandar Chernobyl yang telah bertukar menjadi bndar hantu. Hanya sebilangan keci dari mereka yang masih tinggal, khsusnya pakar-pakar yang membuat kajian. Sedangkan sebelum tragedi itu penduduknya berjumlah seramai 55,000 orang yang hampir ke seluruhannya telah dipindahkan atas alasan keselamatan. Sebenarnya pada peringkat awal tahun 1986 seramai 115,000 orang telah dipindah daripada kawasan yang amat tidak selamat, tahun berikut seramai 220,000 orang lagi telah dipindahkan. Sesiapa pun tidak diizinkan tinggal di situ kecuali petugas-petugas khas yang dilantik oleh pihak berkuasa.


Ada ahli-ahli sains berpendapat bahawa kawasan yang tercemar oleh letupan janakusa nuklear itu akan mengambil masa berabad-abad lamanya untuk bersih dari radio aktif dan pulih seperti sedia kala untuk membolehkan kawasan itu dihuni semula. Mereka berkata sebarang jenis radio aktif yang paling merbahaya akan memakan masa sehingga sembilan ratus tahun untuk hilang sepenuhnya dan untuk menjadikan sesuatu kawasan yang terlibat itu selamat untuk dihuni kembali.


Sesungguhnya segala musibah yang berlaku di dunia ini adalah hasil kerja tangan manusia itu sendiri. Merekalah yang bertanggungjawab ke atasnya. Sebarang ciptaan manusia dalam mengejar kemajuan dunia, tidak dapat tidak mengandungi risiko yang menjadi punca kepada aneka musibah, kecil atau besar.  Manusia hanya mampu merancang, tapi penentu mutlaknya terletak di tangan Allah belaka.

Allah berfirman, maksudnya, “Dan apa musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagtian besar kesalahan-kesalahmu”.Al-Syura: 30.

 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP