UKRAINE NEGARA BERDANAU DI MANA MH17 HANCUR BERKECAI

>> Sunday, July 20, 2014



UKRAINE NEGARA BERDANAU DI MANA MH17 BERKECAI



UKRAINE adalah bumi yang telah mengorban pesawat MH17 bersama para penumpangnya  seramai 298 orang, termasuk anak-anak kapalnya seramai 13 orang. Sebagaimana diketahui pesawat MAS itu dalam perjalanan dari, Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, Malaysia. Pesawat itu terhempas dan hancur lebur di Ukraine, sebuah negara yang dilanda konflik hebat sejak beberapa tahun yang lalu.



Krisis bermula bila rakyat Ukraine mendesak ketua negaranya, Presiden Viktor Yanukovych menandatangani perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah. Marah dengan kengganan Presiden Viktor Yanukovych yang enggan menandatangani perjanjian itu, maka rakyat Ukraine pun bangkit memberontak.


Akibatnya jawatan Presiden Ukraine telah diganti oleh pemangku Presiden Arseniy Yatseniuk. Beliau dan sebilangan besar rakyat Ukraine telah bangkit memberontak menentang Yanukovych. Presiden Ukraine yang baru ini Pro-Barat. Ini menyebabkan api konflik bertambah marak menyala.


Untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya, Presiden Yanukovych memohon bantuan Presiden Vladimir Vladimirovich  Putin, pemimpin tertinggi negara komunis Russia. Ini mendorongkan Russia mencemar tangan dalam pergolakan politik di Ukraine.


Sudah tentu Yanukovych mendapat kerjasama daripada kerajaan Russia. Presdien V. Putin secara adhock telah menghantar bantuan dengan mengirim seramai 6,000 anggota tentera Russia ke Ukraine. Selepas berlaku perlawanan yang sengit, akkhirnya Russia dapat menawan beberapa buah pengkalan udara Ukraine dan juga menawan Crimea.

V.V.Putin






Tindakan pencerobohan Russia itu dikecam hebat oleh dunia, dan Amerika pula telah melancarkan tindakan sekatan ekonomi.


Russia telah berjaya menghasut rakyat Crimea supaya bangkit berjuang untuk berpisah dengan Ukraine.


Di celah-celah kekacauan itu, lahirlah kumpulan militan yang memberontak mencetuskan keganansan yang menelan korban nyawa orang ramai dan harta benda. Kumpulan militan ini  pro-Russia. Di Donetsk dan Lugansk, kumpulan militan ini telah menawan bandar-bandar, bangunan-bangunan kerajaan dan balai-balai polis.


Demikianlah krisis Ukraine terus bergolak hingga ke hari ini dan pesawat MH17, Malaysia adalah merupakan mangsa yang tidak wajar dalam konflik yang masih belum berkesudahan itu.


MH17 Hancur Berkecai


Dalam tragedi itu, mengikut laporan awal, pesawat malang itu telah ditembak dengan peluru berpandu darat ke udara oleh kumpulan pemberontak pro-Russia di Wilayah Donestk yang mereka kuasai.


Pesawat malang MAS itu telah terhempas di kawasan perkampungan Grabovo, berhampiran bandar Donetsk, kira-kira 40 km dari sempadan Russia, iaitu wilayah yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak dan mereka aktif di kawasan itu.


Ia juga mengingatkan kita satu petaka besar yang berlaku di Chermobly, Ukraine  di mana sebuah kilang tenaga nuklear di situ telah ditimpa bencana besar yang menimpakan kesan yang buruk di persekitarannya, Bencana itu berlaku pada 26 April, 1986.


Negara Ukraine


Ukraine sebuah negara yang terletak di Eropah Timur. Ianya bersempadan dengan Russia di sebelah Timur, dengan Poland dan Slowvakia di sebelah Utara, Hungria di sebelah Barat, dan Romania dan Moldayia di sebelah Barat Daya dan Laut Hitam dan Laut Azov di sebelah Selatan.


Luas muka buminya 603,628 km. Mempunyai 24 buah wilayah. Sebahagian dari muka buminya merupakan tanah datar yang rendah, dan hampir tidak bergunung ganang. Sungainya yang termashyur menjalar di bumi Ukraine ialah Sungai Dineper, iaitu sungai yang ketiga terpanjang di Eropah selepas Sungai Volga dan Donak.


Tapi yang menariknya muka bumi Ukraine ini dipenuh dengan danau-danau yang bertabur di merata tempat. Sebanyak 20,000 buah danau kecil memenuhi muka buminya, dengan danau terbesar ialah Danau Yalpuh. Selain itu Ukraine juga mempunyai lebih daripada 6,000 jenis fungus.


Mengikut banci tahun 2012 penduduknya berjumlah  seramai 44,854, 065 jiwa. Jumlah penduduknya telah merosot  kerana kadar kematian yang tinggi tapi kadar kelahiran yang rendah.


Lagu Kebangsaannya berjodol Shche ne Umerla Ukarina, yang bermaksud, “Ukraine Masih Belum Mati”, dengan mottonya berbunyi “Volya, zlahoda, dobra” yang bermaksud “Kebebasan, Keselesaan, Kebajikan”.


Ibu kotanya Kiev, yang merupakan sebuah bandar yang terbesar di Ukraine.


Ukraine merupakan negara serpihan daripada Kesatuan Soviet [Soviet Union]. Sebuah negara republik. Ukraine memproklamasikan kemerdekaannya dari Kesatuan Russia pada 24 Ogos 1991, ketika negara komunis itu dalam krisis besar.


Presiden Ukarine sekarang ialah Petro Poroshenko dan Perdana Menterinya Arsenity Yabsenyuk.


Walaupun kita merasa pencapaian keadilan yang tulen dalam peristiwa pahit ini tidak berada dalam jangka masa yang singkat, tapi apapun yang berlaku dan akan berlaku kita berharap tragedi yang menimpa MH17 dapat diselesaikan dengan segera, dan mereka yang bertanggung jawab melakukan kekejaman itu dapat diseret ke muka pengadilan.

                                                                       







0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP