RAHSIA SETITIS MANI YANG TERPANCAR

>> Sunday, December 27, 2015













RAHSIA SETITIS MANI YANG TERPANCAR


“Sesungguhnya Kami jadikan manusia dari pati tanah, kemudian Kami jadikannya air benih dalam rahim yang teguh, kemudian Kami jadi air benih itu seketul darah , lalu Kami jadikan seketul darah itu  segumpal daging, dan Kami jadikan pula segumpal daging itu tulang-temalang, lalu Kami balutkan tulang-temalang itu dengan daging , kemudian akhirnya Kami jadikannya satu makhluk yang baru, Maha Tinggil Tuhan sebaik-baik Pencipta”.Al-Mu’Minum [23]- 12-14,

  
                                    
                                     Ulat benih lelaki

MANI atau air mani ialah sejenis sel lelaki yang terbentuk dalam buah kemaluan lelaki dan mampu untuk menyuburkan telur perempuan untuk melahirkan manusia baru yang dipanggil bayi. Mani mengandungi ulat benih lelaki, kerana itu mani juga dikenali dengan panggilan ulat benih.


Berjuta-juta ulat benih terkumpul dalam buah kemaluan dari sejak seseorang lelaki itu berusia baligh hingga ke usia tuanya.


Biasanya dalam masa melakukan hubungan intim antara lelaki dan perempuan, air mani atau ulat benih itu akan terpancut keluar dari kemaluannya dan masuk ke dalam rahim menerusi saluran peranakan yang menghubungkan anngota peranakan bahagian luar dengan bahagian dalam. Di situlah ulat benih lelaki itu berkahwin dengan telur perempuan. Panjang  saluran peranakan itu ialah  antara lapan hingga sepuluh sentimeter.


Ulat-ulat benih lelaki ini berkumpul dalam buah kemaluan lelaki yang memancut keluar dalam masa hubungan intim dan sebagainya. Buah kemaluan yang menjadi sarang ulat benih ini ialah antara 4 dan 41/2 sentimeter bagi yang telah matang dan tidak melebihi 5 sentimeter, sementara lebarnya antara 2 dan 24/5 sentimeter. Beratnya pula antara 15 hingga 26 grem.


Ulat-ulat benih lelaki itu sejenis sel yang mempunyai kepala, ada ekor panjang dan ada leher. Ekornya yang panjang itu amat penting kepadanya untuk menolongnya bergerak dan berjalan. Kebisannya ulat-ulat benih inilah yang berjalan mencari telur perempuan untuk ditetaskan.


Berapa banyakkah air mani atau air benih lelaki yang terpancut keluar dalam sesuatu hubungan intim? Biasanya menurut ukuran panjang ialah 4 sentimeter persegi, namun begitu ia kadang-kadang lebih banyak atau lebih sedikit dari itu.


Ada beberapa faktor  yang mempengaruhi sedikit atau banyaknya air mani itu keluar. Sebab utamanya ialah kekerapan lelaki itu melakukan hubungan jantina. Jika terlalu kerap melakukan hubungan jantina air maninya yang keluar sedikit sahaja, tapi kepada mereka yang jarang-jarang melakukan hubungan jantina air maninya yang keluar sedikit sahaja.


Tidaklah dapat dinyatakan dengan tepat berapa banyak ulat benih itu terdapat dalam air mani yang terpancar dalam keadaan yang biasa. Dalam pemancutan mani yang biasa, kira-kira 200,000,000 hingga 500,000,000 ulat benih terdapat di dalamnya dan masuk ke dalam saluran peranakan perempuan. Sementara itu ada doktor berpendapat dalam setiap satu sentimeter persegi air benih terdapat kira-kira seratus milion ekor ulat benih.


Ada sesetengh doktor berpendapat jika bilangan ulat benih itu kurang daripada 60 milion ekor, maka peluang untuk wanita itu mengandung amatlah tipis, malah mungkin tidak mempunyai peluang mengandung langsung


Walau bagaimanapun hanya sebilangan kecil sahaja daripada ulat-ulat benih itu berjaya memasuki rahim, kerana sebahagian besar daripadanya binasa dalam perjalanan menuju ke rahim. Di samping itu kulit rahim juga membinasakan ulat-ulat benih itu dengan menelan atau menghisapnya.


Ulat-ulat benih itu juga musnah, dibinasakan oleh airan-airan yang yang keluar dari saluran kemaluan perempuan yang banyak mengandungi zat asam atau asid yang mampu membunuh.


Saiz ulat benih manusia amatlah seni, iaitu beribu-ribu kali ganda lebih kecil daripada telur perempuan. Ukuran panjang ulat benih itu ialah antara 50 hingga 60 mikorn. Satu mikron sama dengan 1/1000 milimeter. Justeru itu ulat benih lelaki tidak dapat dilihat dengan mata kasar, seperti telur perempuan.


Ulat benih itu terdiri daripada beberapa bahagian. Ia mempunyai kepala seperti kepala anak panah, mempunyai leher dan ekor seperti benang yang panjang, iaitu kira-kira 10 kali ganda lebih panjang dari kepalanya. Ukuran panjang kepala ulat benih ialah 4.2 mikron, lebarnya 3.1 mekron dan tebal bahagian tepinya hanya 2 mikron.


Bahagian yang terpenting pada ulat benih itu ialah kepalanya. Justeru di kepala itulah terletaknya benih keturunan. Sedangkan ekornnya berguna sebagai roda atau dayung untuk menggerakkan ulat benih itu menuju hala  tujuannya sendiri. Pergerakan ulat benih itu amat penting kerana pernanannya untuk mencari telur perempuan. Menurut kajian dalam satu minit ia bergerak selaju 3 milimeter. Kemaraannya amat kuat, kerana itu ia merempuh segala rintangan yang menghalangnya. Kadar kelajaun pergerakannya ialah kir-kira satu inci dalam masa 20 minit.


Akhirnya seekor sahaja daripada berjuta-jutaulat-ulat benih itu yang yang ditakdirkan hidup dan berjaya berkahwin dengan telur wanita untuk membentuk manusia baru. Lain-lain ulat benih menjadi musnah, seperti biji-bijij buah yang gugurbertaburanr di bumi tandus dan gersang.


Perkahwinan ulat benih lelaki dengan telur perempuan itu boleh menyebabkan wanita itu mengandung. Kejadian mengandung itu berlaku dalam rahim atau kandungan peranakan, di mana ia merupakan dunia pertama kepada setiap manusia yang akan dilahirkan ke dunia ini.


Kemudian berlakulah berbagai-bagai perubahan untuk membentuk manusia sebagaimanA difirmakan oleh Allah di dalam Kitab Suci Al-Quran, maksudnya:


“Sesungguhnya Kami jadikan manusia dari pati tanah, kemudian Kami jadikannya air benih dalam rahim yang teguh, kemudian Kami jadi air benih itu seketul darah , lalu Kami jadikan seketul darah itu  segumpal daging, dan Kami jadikan pula segumpal daging itu tulang-temalang, lalu Kami balutkan tulang-temalang itu dengan daging , kemudian akhirnya Kami jadikannya satu makhluk yang baru, Maha Tinggil Tuhan sebaik-baik Pencipta”.Al-Mu’Minum [23]- 12-14.


Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.






Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP