KOREA SELATAN SEPINTAS LALU

>> Friday, April 3, 2015




KOREA SELATAN SEPINTAS LALU





Kadang-kadang ketika TV dipasang  dan ada tayangan cerita dari Korea Selatan saya ikut menonton sekejap. 


Ada beberapa perkara yang  saya suka dengan gambar dari Korea Selatan ini. Antaranya ialah sesetengah daripada dialognya  dan kedua terdapat pandangan-pandangan alam semual jadi yang menarik dan dijadikan latar belakang cerita, dengan bunga-bungi yang sedang berkembang indah dan  pantai-pantai yang menarik.


Namun begitu ada beberapa unsur negatif yang paling tidak disukai yang diketengahkan dalam cerita-cerita tersebut, antaranya unsur-unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, malah mereka boleh hidup bebas seperti suami  sehingga mengandung, barulah mereka berkahwin. Keluarga mereka memberi restu dan galakan kepada pasangan itu berbuat demikian. 


Apakah begini realiti hidup masyarakat Korea Selatan?




Satu lagi yang tidak disukai ialah penonjolan minum arak, dan mabuk-mabuk, terutama bila seseorang menghadapi tekanan atau ditimpa masalah hidup? Mereka mencari penyelesaiannya dengan arak dan mabuk..


Apa akan jadi kepada masyarakat Korea Selatan jika cara hidup yang rosak ini menjadi amalan masyarakat mereka? Agama dan akhlak murni tidak ada peranan lagi?


Janganlah hendaknya masyarkat kita di Malaysia, khususnya muda mudi yang beragama Islam, yang sudah parah moralnya, dengan melahirkan begitu ramai anak-anak haram mencontohi unsur-unsur negatif dari cerita-cerita seperti itu yang akan menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih porak peranda dan parah.



Namun begitu, inilah antaranya yang mencetuskan idea kepada saya untuk mencari sedikit maklumat tentang Korea Selatan. Dan maklumat yang saya kutip dan saya getus itu saya kongsi dengan anda sekalian yang mengikuti Pondok Rahmat ini.


Korea Selatan


KOREA  asalnya sebuah negara yang luas merangkumi dalam sebuah Semanjung Korea, yang kedudukannya menganjur ke laut dari benua Asia.



Semenajung Korea ini pernah terletak di bawah penjajahan Jepun selama 36 tahun. Penjajahan itu berakhr pada 15 Ogos 1945, bila Korea mencapai kemerdekaan dari tangan Jepun. Seperti rakyat negara-negara lain juga, rakyat Korea amat gembira menyambut kemerdeaan  yang amat berharga itu.


Tapi kegembiraan itu tidak bertahan lama untuk dinikmati oleh rakyat Korea., kerana lima tahun kemudian, iaitu 27 Jun 1950, telah meletus peperangan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Pegeseran sengit itu berlanjutan selama tiga tahun. Hanya pada bulan Julai 1953, peperangan itu  berakhir dengan termeterainya perjanjian genjatan senjata antara Korea Utara dan Korea Selatan.


Maka sejak itu, sebuah negara asalnya satu Korea iaitu Semenanjug Korea, telah terkerat dua, satu Korea Utara dan satu Korea Selatan, iaitu mengikut pembahagian politik. Korea Utara dikenali dengan nama Demokratik Rakyat Korea Utara, sementara Korea Selatan dikenali sebagai Republik Korea Selatan.


Kedua-dua negara yang asalnya satu itu dipisahkan oleh sebuah kawasan yang demilitarized atau bebas dari tentera, di mana di sebelah utara terletak Korea Utara, sementara di sebelah Selatannya, terletak Korea Selatan yang memanjang dari utara, ke Selatan, kira-kira 400 km ke Selat Korea.






 Korea Selatan sebuah negara yang bergunung ganang, terbentang dari utara  ke selatan di sebelah pantai timur negara itu.


Ibu negaranya Seoul. Nama sebenarnya Seoul Special City. Sebuah kota metropolitan yang mempunyai jutaan orang penduduk. Di samping itu ada lagi bebeapa buah bandar besar, iaitu Pusan, Toegu, Inch’on dan Kwangu. Mata wang yang dipergunakan dikenali dengan panggilan Won [W].


Iklim


Korea Selatan tidak seperti negara Malaysia, ia mempunyai empat musim.


-Musim Sejuk, dari bulan Disember hingga pertengahan bulan Mac.


-Musim Bunga, bermula dari hujung bulan Mac hingga awal bulan Jun.


-Musim Panas, bermula dari bulan Jun hingga Julai. 


-Musim Gugur, bermula dari bulan September hingga bulan November.


Dalam Musim Gugur inilah dikatakan musim terbaik untuk melawat Korea Selatan.


Pulau-Pulau Di Korea Selatan


Luas muka bumi Korea Selatan ialah 100, 032 km persegi atau 38, 025 batu persegi, dengan kepanjangan pesisir pantainya 17, 300 km. Korea Selatan mempunyai banyak pulau, iaitu kira-kira 3,000 buah pulau semuanya yang terletak bertaburan di luar pinggiran laut di sebelah selatan dan barat daya Korea Selatan.


Salah sebuah dari pulau-pulau itu yang termasyur ialah Pulau Cheju. Ianya pulau terbesar dan tercantik di Korea Selatan. Luasnya 1, 827 km. persegi Ia sebuah pulau yang unik. Muka buminya banyak berbentuk gunung berapi, akibat berlakunya berbagai-bagai letusan gunung berapi kecil di masa-masa yang lalu.


Di pulau imi terdapat Gunung Halla, gunung yang tertinggi bukan sahaja di pulau itu, tapi merupakan gunung yang tertinggi di seluruh Korea Selatan. Tinggi Gunung Halla ialah 1,950 m , di mana di atasnya terdapat 360 kon-kon gunung berapi.


Pulau Cheju ialah pulau pelancongan bukan sahaja kepada penduduk-penduduk Korea Selatan tapi juga kepada pelancong-pelancong asing dari luar negara. Mereka berwisata ke pulau itu untuk menikmati keindahan dan keunikannya, dengan penduduknya mempunyai bahasa dan budaya yang tersendiri.


Muka Bumi Korea Selatan


Muka buminya bergunung ganang, yang melunjur dari utara ke selatan di sebelah pantai timurnya. Daripada muka bumi Korea Selatan seluas 100, 032 km persegi itu, tidak sampai separuh, iaitu 30 peratus sahaja merupakan tanah yang  rata. Kawasan inilah menjadi tumpuan penduduk Korea Selatan yang  terletak di sebelah barat negara itu dan merupakan kawasan yang padat penduduknya.


Tanah-tanah yang digunakan untuk pertanian amatlah sedikit, iaitu sebanyak 23 peratus sahaja daripada seluruh permukaan bumi Korea Selatan. Antara tanaman utamanya ialah padi, bawang, kentang, barli dan gandum. Buah-buahan pula tembikai atau semangka, epal, dan buah peac.


Mulai tahun 1960-an penggunaan tanah untuk pertanian kian merosot, untuk memberi laluan keapda proses perindustrian dan pembandaran yang telah berkembang dengan pesat sekali. Maka berlakulah perubahan dalam pembentukan masyarakat Korea dari sebuah masyarakat pertanian dan desa kepada masyarakat industri dan perbandaran.


Agama Korea Selatan


Bilangan penduduk Korea Selatan seramai 44,986,600 orang pada tahun 1998, terdiri daripada berbagai-bagai penganut agama, iaitu Budha, Protestan, Katholik, Konfius dan lain-lain agama, termasuk penganut agama Islam.


Sepanjang abad 20, penganut-penganut agam tradisional rakyat Kora Selatan, iaitu Budha dan Konfius telah merosot. Sebaliknya agama Kristian daripada Mazhab Katholik dan Protestan kian mendapat sambutan rakyat Korea Selatan.


Ketik-ketik atau kuil-kuil Budha terletak di tempat-trempat yang terpencil dan sunyi di puncak-puncak bukit-bukau, sedangkan gereja-gereja Potestan dan Katholik terletak di pinggir-pinggir jalan besar di bandar-bandar Korea Selatan.


Pada tahun `1991 kedudukan penganut-penganut agama di Korea Selatan ialah Agama Budha 51.2 peratus, penganut agama Kristian yang terdiri daripada Protestan 34.4 peratus, dan Katolik 10.6 peratus, Konfius 1.8 peratus dan lain-lain kepercayaan 2.0 peratus.


Hiburan


Selain terkenal sebagai pengeksport, seperti alat-alat elektrik, alat-alat elektronik, bahan elektronik dan mainan kanak-kanak, Korea Selatan juga terkenal dengan pengeksport hiburan ke seluruh dunia. Termasuklah ke negara Malaysia.


Selain dari filem, muzik juga merupakan sejenis hiburan yang terkenal di Korea Selatan. K.Pop, singaktan dari Korean Pop –Kei pop di mana kerajaan kita juga pernah mengundangnya untuk menghiburkan rakyat Malaysia, terutama dari kalangan muda-mudi.


Dalam K.Pop ini ada muzik pop, tarian pop, ballad pop, hip-hup muzik dan sebagainya. Daripada pop-pop itu, Muzik Pop Korealah yang terkenal hingga keluar negara.


Agama Islam


Alhamdulillah pemeluk agama Islam di Korea Selatan sentiasa meningkat, terutama selepas perang Korea yang mengerat Korea menjadi dua Korea, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Orang Islam ramai tertumpu ke ibu negara Korea Selatan, Seoul.


Di kota ini terdapat sebuah masjid besar yang dibina dengan bantuan negara-negara Islam termasuk Malaysia.


Walaupun peningkataan penganut agam Islam berlaku secara perlahan-lahan tapi mantap. Penduduk asal Islam di Korea ialah seramai 30,000 orang telah meningkat dengan penghijrahan-penghijrahan umat Islam dari Asia Selatan, Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia. Jumlah umat Islam antara tahun 1900 hingga 2000 ialah seramai 35,000 orang.



Perolehan dari sumber lain pula, menyebut bahawa jumlah umat Islam mutakhir di Korea Selatan ialah hampir 100, 000 orang, iaitu kira-kira 2 peratus daripada jumlah seluruh penduduknya.Walau bagaimanapun umat Islam di Korea Selatan  merupakan golongan minoriti.


Di Korea Selatan hari ini terdapat  tiga buah Pusat Islam, iaitu Islamic Center of Daejon, Gwangu Center dan Daegu Islamic Center.  Pusat-pusat Islam ini berfungsi untuk menjaga kebajikan umat  Islam.


Di samping itu terdapat pula tujuh buah masjid, iaitu Busan Masjid, Jeonju Masjid, Gwangju Masjid, Ansan Masjid, Anyang Masjid, Bupyeong Masjid dan Paju Masjid.


Agama Islam telah wujud di Korea Selatan sejak abad  9 lagi iaitu dengan kedatangan peniaga-peniaga Islam yang terus menetap di negara itu, membuka kampung laman.


Demikianlah sedikit cebisan-cebisan fakta mengenai Korea Selatan untuk dikongsi dengan anda sekalian, semoga memberi manfaat jua.



Kg.Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP