MENCARI NASI PADANG DI JAKARTA

>> Tuesday, June 16, 2015






MENCARI NASI PADANG DI JAKARTA





                                          Mohd Zain di hotel penginapan


Padang ialah salah sebuah tempat yang termasyur di Indonesia. Salah satu perkara yang popular ialah sejenis masakan yang dipanggil Nasi Padang. Ia bukan sahaja terkenal di Jakarta, tapi juga di Malaysia, khususnya Kuala Lumpur sampai ke hari ini, di mana kedai-kedai nasi padang masih boleh diperolehi.


Di samping itu di Pantai Timur juga terdapat Nasi Padang, khususnya di Kota Bharu, Kelantan. Tapi namanya bukan lagi Nasi Padang, tapi Nasi Sumatera, mungkin kerana nama Padang tidak begitu terkenal seperti nama Sumatera di kalangan penduduk tempatan. Maka dipanggillah Nasi Sumatera, dan pemilik awalnya memang berasal dari Indonesia sejak bermulanya bisness Nasi Sumatera itu.


                                         Pekerja sedang membungkus nasi


Ketika berada di Indonesia baru-baru ini kami sempat makan Nasi Padang sebanyak dua kali, sekali untuk makan malam dan sekali untuk makan tengah hari, makan siang kata orang Indonesia. Makan malam di sebuah restoran yang termasyur, sementara makan siangnya di sebuah gerai di sebuah warung di komplek beli-belah di Tanah Abang,


Walau bagaimana pun saya tidak hendak memanjang cerita tentang Nasi Padang, tapi saya hendak menyentuh sedikit perkara berkaitan dengan cara-cara untuk memesan Nasi Padang atau lain-lain nasi di restoran atau di warung-warung di Indonesia, khusunya di Jakarta.



                                         Lauk-pauk nasi padang


Rahsia ini boleh menjimatkan sedikit wang anda dalam perjalanan, kecuali anda seorang kelana jutawan. Saya perolehi rahsia ini secara tidak langsung ketika makan pagi di kaffe sebuah hotel tempat kami menginap bersama-sama teman-teman dari Indonesia.


Jika kita masuk restoran atau warung makan untuk menikmati nasi, jangan minta dihidangkan semua lauk-pauk yang dipamerkan. Kalau kita berbuat demikian niscaya semua lauk yang dihidangkan itu akan dikenakan bayaran, walaupun kita tidak menyentuhnya sedikit pun. Jutseru cara yang lebih murah ialah dengan cara memilih dan menunjukkan sendiri beberapa jenis lauk yang kita hendak makan, dengan itu kita tidak dikenakan charge tambahan.


Membeli nasi bungkus untuk dimakan di luar lebih murah harganya daripada makan di restoran tersebut, walaupun yang diminta nasi dan lauk yang sama, kerana kalau dimakan di restoran pemakan akan dicharge bayaran kemudahan yang disediakan, seperti kerusi meja, kipas atau penghawa dingin jika disediakan.


Namun kali ini kami tidak ketemu nasi uduk seperti di masa-masa yang lalu. Kami tidak mencarinya, dan teman-teman kami pun tidak menawarnya untuk makan nasi uduk, juga hotel tempat kami menginap pun tidak menyediakan nasi uduk, dan kami pun tidak timbul keinginan untuk menikmatinya.



                                                Abdul Ghafur & Mansour dari Indonesia


Sahabat saya itu, mengulas sedikit tentang kegemaran pemakan yang masuk restoran untuk meminta dihidangkan semua lauk-lauk yang adalah biasanya terdiri daripada mereka yang ingin bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk walaupun lauk yang ditempah banyak yang membazir, kerana tidak mampu di makan.


Hotel tempat kami menginap, bukan sahaja tidak menyediakan nasi uduk, tapi menyediakan makanan yang sama untuk sarapan pagi selama beberapa hari kami menginap di situ, iaitu nasi goreng, nasi putih kari ayam, nasi bubur sayur dan nasi bubur kosong.


Alhamdulillah, Semua berjalan lancar.


Sekian.



LT. Soekarno-Hatta,
Jakarta.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP