AURA HOSPITAL;MATI BUKAN KERANA PENYAKIT

>> Tuesday, January 12, 2016






AURA HOSPITAL:MATI BUKAN KERANA SAKIT



Sejak berulang-alik ke hospital kerana menziarahi keluarga yang sakit baru-baru ini saya mendengar berbagai-bagai cerita tentang penyakit dan maut. Saya ingin kongsikan sedikit daripadanya dengan anda menerusi tulisan senafas ini.


Sejauh yang diketahui cerita-cerita senafas ini adalah cerita benar, kerana penceritanya adalah terlibat dalam kisah tersebut secara langsung atau tidak langsung. Nama-nama mereka ada dalam simpanan saya.


Cerita Pertama


Cerita ini berlaku ke atas seorang lelaki yang masih muda. Beliau adalah pesakit jantung tersumbat, dan baru menjalani pembedahan pintasan jantung. Pembedahan yang berjaya menyelamatkan nyawanya.


Beliau seorang terpelajar, mempunyai pekerjaan yang elit, di sebuah jabatan kerajaan yang berprestig. Lulusan luar negara.


Katanya beliau memang layak mendapat penyakit jantung, kerana makan tidak terkawal dan setiap hari 
mendapat stress di tempat kerja yang begitu mencabar.Beliau tidak pernah berpantang makan, lantak apa sahaja yang ada di hadapannya.


Sebaliknya pula seorng rakan sekerjanya pula amat teliti  tentang makan. Dia tidak makan sebarangan walau sedikitpun. Dia hanya memilih makanan-makanan yang kerkhasiat sahaja yang dijangka tidak mengancam kesihatannya dalam usia yang hampir sebanya dengannya itu.


Dan memang wajar dia mendapat kesihatan yang baik. Dia sihat dan tidak pernah sakit. Sentiasa cergas.
Tapi apa yang telah terjadi? Dia memang tidak  mati kerana penyakit, tapi telah mati dalam nahas kemalangan yang amat trajis dan tidak diduga sama sekali. Nahas yang menggemparkan seluruh negara.


Bila sudah tiba ajal, sihat atau sakit, yang hidup tetap mati, kembali kepada Allah.


Cerita Kedua


Kisah kedua ini diceritakan oleh lelaki tersebut. Salah seorang daripada keluarganya juga mengalami sakit jantung, dan terpaksa menjalani pembedahan pintasan jantung. Perkara ini baru sahaja berlaku.


Pembedahan jantung tersebut amat berjaya. Para  doktor yang bertugas merasa amat puas hati dengan kejayaan tersebut. Tidak ada sebarang problem yang semasa pembedahan dan selepas pembedahan.


Beberapa hari kemudian lelaki itu boleh keluar dari hospital dan kembali ke rumah. Tapi pada hari dia didichargekan itu satu perkara yang tidak terduga telah berlaku. Satu komplikasi yang luar biasa telah berlaku ke atasnya.


Pada saat-saat dia hendak keluar dari wad itu, tiba-tiba dia tidak sedarkan diri, dan tidak lama kemudian menghembus nafasnya yang terakhir di hadapan keluarganya yang datang untuk menyambut kepulangannaya.


Para doktor merasa hairan bagaimana perkara seperti itu boleh berlaku? Sedangkan semua acara pembedahan berjalan dengan baik dan berjalan lancar. Tidak ada sebarang masalah yang timbul.


Justeru mereka menjalankan penyiasatan yang teliti ke atas jenazah, untuk mencari punca-punca kematiannya yang tidak diduga sama sekali oleh para doktor itu.


Kaji punya kaji, periksa punya periksa, mereka menemui jawapan yang amat mengejutkan. Pesakit itu meninggal bukan kerana pembedahan, tapi kerana sebab lain yang langsung tidak ada kena mengena dengan pembedahan tersebut.


Dia mati kerana dijangkiti penyakit kencing tikus.


Dari mana kuman-kuman itu datang, tidaklah dapat dipastikan.  Dewan bedah dan segala alat-alatnya memang telah dibersihkan dari segala macam kuman yang mungkin ada.


Hanya satu kemungkinan sahaja kuman-kuman itu terdapat pada jarum-jarum suntikan ketika dalam proses di kilangn-kilang. Perkara ini sukar untuk dikesan kerana terdapat ribuan pucuk jarum yang ditempah dari masa ke masa.


Tapi bagaimana pula dengan pesakit-pesakit lain yang menggunakan jarum suntikan dari syarikat yang sama tidak membahayakan mereka?


Cerita Ketiga


Ini kisah seorang lelaki berusia emas, dalam liungkungan usia tujuh puluhan tahun. Katanya beliau adalah seorang penghidap sakit jantung tersumbat.


Bolehkah anda jangka berapa urat jantung yang tersumbat itu? Satu, dua atau Tiga?


Katanya urat jantungnya yang tersumbat ialah lima belas urat. Tiga daripadanya urat besar, dan dua belas lagi urat halus.


Kali pertama diperiksa doktor iaitu kira-kira sepuluh tahun lebih yang lalu. Langsung pakar jantung tersebut menasihatnya supaya segera melakukan pembedahan pintasan jantng. Tapi beliau menolaknya.
Beliau meminta doktor supaya melakukan teknik membuka urat yang tersumbat itu. Tapi kata doktor, tidak boleh, sebab terlalu banyak yang urat uarat jantung yang tersumbat.


Doktor menashatinya supaya melakukan pintasan jantung, dan menerangkan risiko-risiko yang terpakasa dihadapinya jika tidak dibedah. Tapi beliau berkeras juga tidak ingin melakukan pintasan jantung.


Justeru beliau terpaksa keluar daripada hospital, kerana enggan menurut arahan doktor. Sampai hari ini pun, setelah satu dekad lebih masa berlalu, beliau hidup “sihat”.  Namun begitu, beliau sentiasa tekun memakan ubat-ubat yang perlu diambilnya yang dibeli dari klinik biasa.


Katanya beliau menggunakan kekuatan mentalnya untuk menghadapi penyakit jantung itu. Dengn cara itulah beliau menghadapi bila kesakitan menyerang.


Beliau masih boleh memandu sendiri untuk ke mana-mana, seperti untuk membeli-belah atau ke masjid.


Katanya beliau tidak pernah berpantang makan. Apa yang beliau rasa nak makan, beliau makan, walaupun makanan yang dianggap merbahaya.


Namun begitu, katanya, beliau tidak pernah lupa ambil ubat, walaupun selepas makan tapai atau durian dengan banyak. Tidak pernah berlaku apa-apa perkara yang menjengkelkan walaupun beliau makan serentak makan-makanan yang dianggap bahaya itu dengan ubat-ubat hospital yang perlu diambilnya setiap hari.


Cerita Keempat

Beliau masih muda. Katanya pada suatu masa beliau terpaksa berada di hsopital kerana penyakit jantung. Setelah beberapa hari di hospital beliau teringat pada hari itu beliau terpaksa menghadiri mesyurat penting sebagai CEO syarikat tempat dia bekerja.


Menurut beliau mesyuarat itu begitu penting, dan beliau perlu menghadirinya.


Beliau memberitahu doktor maksudnya itu, tapi memandangkan keadaannya masih dalam keadaan kritikal doktor tidak membenarkannya. Sebuah botol ubat masih tergantung di sisi katilnya yang disambungkan ke lengannya, di masa isinya sentiasa mengalir masuk ke dalam badannya.


Oleh sebab desakannya amat kuat, doktor tidak ada pilihan, dan membenarkan beliau pergi mesyuarat dengan membuat akujanji bertulis bahawa beliau akan menanggung risikonya jika apa-apa berlaku di masa beliau berada di luar hospital.


Beliau rela dan pergi mesyuarat bersama-sama dengan sebotol ubat yang masih mengalir memasuki badanya. Beliau berjaya menghadiri mesyurat itu sampai selesai, dan balik semula ke hospital dengan selamat.


Dan itulah beliau hidup hingga  ke hari.


Saya teringat kata-katanya “Ajal dan maut di tangan Allah. Penyakit tidak boleh membuat orang mati, kalau belum sampai ajalnya”.

Demikianlah sedikit coret-coret dari hospital.


Kisah-kisah terseut menunjukkan manusia mati bukan kerana penyakit. Penyakit tidak boleh mematikan sesiapa. Justeru orang tak sakit atau dalam kedaan sihat pun mati. Berapa ramai orang yang sakit teruk yang nampaknya tidak ada harapan lagi tapi masih hidup. Berapa ramai orang yang mengikut pengajian doktor hanya mempunyai hayat yang pendek kerana penyakit kronis yang ditanggunya, tapi mereka terus hidup bertahun-tahun selepas itu.


Mati hanya berlaku bila sudah tiba  ajal yang ditentukan Allah SWT.


Kalau mengikut logik, orang tua mesti terlebih dulu mati daripada orang muda, tapi dalam aliran hidup seharian, orang muda, malah kanak-kanak juga bayi  berapa ramai ramai yang terlebih dulu pergi menduli orang yang telah lanjut usia. Setiap yang hidup pasti mati. Dari Allah kita  dadatang kepada Allah kita kembali.


Pastinya mati hanya berlaku bila ajal yang ditentukan Allah telah tiba. Bila saatnya telah tiba, ianya tidak boleh dipercepat ataupun diperlambatkan walapun sedetik.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP