LETIH;PANTANG-PANTANG BILA SAKIT

>> Tuesday, March 29, 2016




LETIH: PANTANG-PANTANG BILA SAKIT


Sebagai manusia, sekali sekala tentu kita diserang keletihan, kepenatan, kelesuan atau kelelahan.





Akibat keletihan menyebabkan kita tidak berdaya atau kurang kemampuan untuk melakukan apa-apa kerja yang memerlukan tenaga mental dan fizikal.

Untuk memulihkan kembali tenaga yang merosot dan masuk ke wilayah keletihan itu memerlukan rihat yang wajar dan mencukupi.

Tapi tahukah kita cara-cara berihat untuk memulih kelesuan dengan cara yang wajar?

Sebab-sebab Keletihan

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang ditimpa keletihan:

Kerana terlalu banyak kerja berat yang melibatkan mental.

Terlalu banyak kerja berat yang menggunakan tenaga fizikal, terutama dalam suasana tidak menggalakkan.

Mendapat tekanan di tempat kerja, baik dari segi mental atau fizikal.

Tidak mendapat makanan yang mencukupi, atau makanan yang kurang berzat.

Kerana sakit kronis, terutama yang berpanjangan.

Kerana makan ubat-ubat yang tertentu.

Kerana usia, seperti orang-orang yang telah lanjut usianya. Namun begitu, harus diingat kekuataan fizikal torang tua tidaklah sama dengan kekuataan tenaga orang-orang yang masih muda belia.

Dan lain-lain sebab lagi.

Kepada mereka yang sering dilanda keletihan, pakar-pakar kesihatan menasihatkan mereka supaya:

Menjauhi Makanan

Kurangkan pengambilan gula.

Kurangkan makan kek.

Kurangkan makan biskut.

Kurangkan minum teh untuk mengelak kafeina di dalam kandungannya.

Kurangkan minum kopi untuk tujuan yang sama.

Kurangkan minuman kola untuk tujuan yang sama.

Jauhkan minum keras [Orang Islam berdosa minum arak]

Perlu Dimakan:

Sebaliknya pakar-pakar kesihatan menasihat mereka supaya:

Banyak memakan makanan-makanan yang kaya dengan zat besi dan zat zink.

Banyak memakan sayur-sayur yang berwarna hijau tua untuk mendapat folat, dan karbohidrat  kompleks .

Banyak memakan ikan dan telur untuk mendapat vitamin B [12].

Buah tin, di samping dapat mempertingkatkan daya memori otak, dan mencegah anemia, juga berguna untuk mengurangkan keletihan.

Petua Mengatasi Keletihan

Jika anda tiba-tiba merasa keletihan, cubalah amalkan petua yang ringkas ini untuk menghilangkan keletihan itu daripada diri anda.

Beginilah caranya:

Langkah pertama, duduk di atas kerusi atau bersila, atau mana-mana yang selesa kepada anda.

Baca Ayat Qursi, kemudian berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kesegaran dan dihilangkan keletihan.

Langkah kedua, tutup mata.

Bayangkan dalam benak anda, bahawa anda sedang melakukan sesuatu aktitviti yang menyeronokkan, dan menarik hati anda, seperti bermain bedminton, bermain bola dan sebagainya daripada permainan yang anda minati.

Bayangkan anda bermain dengan penuh kesungguhan, semangat , bertenaga dan dengan senang hati dan gembira.

Selepas itu bayangkan pula anda berada dalam keadaan, tenang, segar-bugar dan bahagia dan berada dalam suasana yang sungguh mententeram dan menyenangkan.

Bayangkan demikian untuk selama beberapa minit.

Kemudian bayangkan pula anda sedang memunggut dan membungkus segala perkara-perkara yang menjadi punca kepada keletihan anda itu ke dalam sebuah bungkusan dan cantumkan atau ikat kemas-kemas tanpa boleh dibuka.

Bawa bungkusan itu dan lemparkan ke dalam tong sampah atau tinggalkan sahaja di tepi jalan.

Atau lebih baik lagi kalau anda banyangkan anda mencampak bungkusan  itu dari atas sebuah jambatan ke dalam sungai lalu hanyut dibawa arus yang deras, dan terus hilang dari pandangan mata anda tanpa kembali-kembali lagi.

Buka mata anda perlahan-lahan, sambil melafazkan Asmaa-Ul Husna: “YAA QAWIYYU YAA MATIIN”. seberapa banyak yang anda suka.

Sekarang anda boleh tersenyum dan merasa puas, ringan dan lega. 

Sekian.




Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

MENGIRI;SYAITAN GUNA TANGAN KIRI

>> Friday, March 25, 2016








MENGIRI:  SYAITAN GUNA TANGAN KIRI


SECARA fitrahnya Allah SWT jadikan makhluk manusia menganan, atau menggunakan anggota badan yang kanan, khususnya tangan.


Justeru boleh kita katakan majoriti umat manusia adalah menganan.

 

                                    Makan Bukan Dengan Tangan Kiri

Namun begitu ada juga sebilangan dari mereka yang mengiri, atau menggunakan anggota badan sebelah kiri, khususnya tangan kiri.


Kenapa Mengiri?

Menurut kkajian ada dua sebab kenapa manusia mengiri. Pertama kerana faktor kebiasaan. Katakanlah seorang kanak-kanak yang tidak mengetahui apa-apa,  dari sejak kecil lagi menggunakan tangan kiri untuk makan dan berbuat sesuatu. Tapi ibu bapa atau keluarganya tidak pun melarangnya, malah membiarkan dia terus menggunakan tangan kiri ketika makan dan minum. Akhirnya mengiri itu menjadi kebiasan yang diwarisi hingga ke usia tuanya tanpa usaha untuk mengubah atau menganankannya.


Satu faktor lagi ialah kerana semula jadi, iaitu dia mengiri sejak dilahirkan ke dunia lagi.


Pengiri semula jadi ini bukan sahaja mengiri pada tangannya, tapi mengiri pada semua anggota-anggota badan lain, seperti kaki.


Kalau tangan kanan ditentukan untuk menjalanakn kerja-kerja  penting dan mulia, tapi sebaliknya tangan kiri pula ditentukan untuk menjalankan kerja-kerja bertaraf rendah,seperti untuk membasuh berak.


Akibat Mengiri

Oleh itu jika pengiri makan bersama-sama dengan orang-orang lain boleh menimbulkan rasa jijik orang yang makan bersamanya itu.


Andainya pengiri memberi sesuatu kepada orang, terutama di majlis-majlis awam boleh menimbulkan rasa  tidak selesa kepada si penerima dan boleh menimbulkan salah sangka pada hadirin.


Jika pengiri menerima sesuatu dari orang lain, terutama di majlis awam boleh mencetuskan rasa  tersinggung kepada si penerima dan rasa tidak tenteram di kalangan hadirin, malah mungkin menyangka dianya tidak beradab.


Itulah sebabnya orang-orang yang menganan yang makan di majlis-majlis bersama-sama dengan orang lain enggan menggunakan tangan kirinya untuk minum air dan sebagainya, sehinggalah dia membasuh tangan kanannya itu untuk membolehkan dia memegang gelas minuman secara beradab dengan tangan kanan seperti kebiasaannya.


Perlambangan

Kalau kanan dijadikan perlambangan baik dan mulia, tapi kiri pula dilambangkan sebaliknya, iaitu kurang baik, sial, malang dan sebaginya, seperti:


-Langkah kiri menunjukkan sesuatu tindakan yang boleh membawa keburukan.


-Parti Kiri bermaksud parti yang condong kepada fahaman sosialis atau komunis.


-Letak sebelah diri dulu, bermaksud sesuatu yang tidak penting, kesampingkan dulu, ataupun singkirkan.


Kebiasaan Syaitan

Mengiri adalah kebiasaan yang sesuai dengan syaitan yang makan dengan tangan kiri. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Barang siapa makan dengan tangan kirinya, niscaya syaitan akan ikut makan bersamanya”.HR:Imam Ahmad.


Justeru Rasulullah SAW melarang makan dengan tangan kiri. Sabda Baginda bermaksud:
“Janganlah kamu makan dengan tangan kiri kerana syaitan makan dengan tangan kiri”. HR:Muslim.


Berusaha Menganan

Oleh itu mereka yang mengiri hendaklah berusaha membaiki dirinya, iaitu menganankan dirinya. Mereka hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya. Biasanya latihan-latihan yang tidak mengenal lelah akan membuahkan hasil juga pada akhirnya.


Tapi andainya segala usaha tersebut tidak membuahkan hasil, tidaklah menjadi kesalahan kepadanya untuk mengiri yang semula jadi itu. Allah SWT tidak mengtaklifkan seseorang dengan sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukannya.


Sebagai kesimpulan dari kegagalan mereka mengiri untuk menganan, saya petik pendapat Allahyarham Yusoff Zaky Yacob sebagai kesimpulannya. Kata beliau, “Walau bagaimanapun pengiri semula jadi tidak harus menganggap dirinya manusia cacat dalam pandangan hukum syara’, apa yang dituntut dari mereka ialah berlatih dan cuba membiasakan diri menggunakan tangan kanan dalam kegiatan-kegiatan makan, mengambil dan memberi yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Demi menghormati adab dan menjunjung perintah dan adabcara majoriti, dan andainya ia tidak berjaya maka tuntutan itu dengan sendirinya gugur”.


Firman Allah, maksudnya “Allah tidak membebani  seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".- al-Baqarah [2]:286.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

RAHSIA KANAN;KENAPA MAJORITI MANUSIA MENGANAN?

>> Monday, March 21, 2016





RAHSIA KANAN:KENAPA MENGANAN?



Orang-orang Islam tentu sedar bahawa dalam Kitab Suci al-Quran Allah SWT melambangkan kuat-kuasanya dengan “tangan kanan”.


Allah berfirman, maksdunya:
“Dan langit-langit itu digulung dengan tangan kanan-Nya”.Az-Zumar:67.


Allah juga menggambarkan di dalam al-Quran bahawa orang-orang Mukmin yang bahagia di Akhirat nanti ialah golongan kanan [Ashabu al-Yamin”.


Dalam al-Quran  Allah berfirman, maksudnya:
“dan kamu menjadi tiga golongan, iaitu gulungan kanan, alangkah mulianya gulungan kanan itu”. Al-Waqiah [56]:7-8.


“Adapun orang-orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya, maka dia berkata, “Ambilah, bacalah kitabku ini”-al-Haqqah: [69]:19.


Dan:
“Pasti Kami pegang dia pada tangan kanannya”.- al-Haqqah [69]:45


                                Mohd Zain & Syaibani [kiri] sedang menikmati makanan.
                                    


Maka setiap sesuatu di dunia ini Allah jadikan berlawanan jenisnya. Kanan kiri, baik buruk, kecil besar, cantik hodoh dan sebagainya.


Justeru, ada sebelah kanan, maka adalah sebelah kiri. Badan manusia pun ada kanan dan kiri, khususnya tangan. Ada tangan kanan, ada tangan kiri.


Kanan dan kiri adalah penunjuk kedudukan atau keadaan. Kanan atau kiri. Sebelah kanan atau sebelah kiri.


Di samping itu kanan dan kiri juga mempunyai penunjuk yang tersendiri. Kanan memberi petunjuk baik. Sesuatu yang baik.


Kanan jauh lebih tinggi dan mulia tarafnya dari kiri. Tangan kanan lebih utama dari tangan kiri.


Kita orang Islam disuruh melakukan kerja-kerja penting dengan tangan kanan. Makan dengan tangan kanan, minum dengan tangan kanan, mengambil wuduk dulukan yang  kanan,   memakai pakaian seperti baju dulukan yang kanan, dan sebagainya dari kerja-kerja yang baik hendaklah dimulakan dengan tangan kanan.


Malah Baginda Rasulullah SAW banyak menunjukkan kerja-kerja penting dimulakan dengan tangan kanan. Ianya merupakan satu pengajaran yang perlu diikuti oleh setiap orang Islam setiap masa, dan merupakan salah satu disiplin hidup yang unggul kepada seluruh umat Islam.


Jika hendak makan, maka agama Islam memerintahkan menggunakan tangan kanan. Baginda Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:


“Apabila seseorang darimu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya, hendaklah ia minum dengan tangan kanannya, hendaklah ia mengambil dengan tangan kanannya, dan hendaklah ia memberi dengan tangan kanannya”. HR:sl-Hasan bin Sufian.


Dan:
“Hai anak, sebutlah nama Allah, mkanlah dengan kanan dan makanlah yang dekat denganmu”-HR:Muslim


Di samping itu Baginda Rasulullah SAW juga menununjukkan penggunaan-penggunaan anggota badan yang lain juga hendaklah mengutamakan  anggota kanan sebagaimana ditunjukkan sendiri oleh Baginda Rasulullah SAW.


Bila hendak memulakan perjalanan Baginda SAW memulakan langkah dengan kakinya yang kanan.


Bila keluar dari tandas Baginda SAW melangkah keluar dengan kakinya yang kanan.

Bila mengambil wudhuk  Baginda SAW mendulukan tangan kanan dan kaki kanan daripada tangan kiri dan kaki kiri.


Bila hendak menyikat rambut Baginda SAW  mendulukan sebelah kanan daripada sebelah kiri.


Bila hendak memakai kasut Baginda SAW mendulukan kaki tangan daripada kaki kiri.


Bila tidur Baginda SAW mengiring sebelah kanan atau membaringkan lambungnya di sebelah kanan.


Bila ada orang yang hendak meninggal dunian Baginda SAW menganjurkan supaya orang itu dibaringkan di atas lambung kanan dengan muka menghala ke Kiblat.


Ketika solat, Baginda SAW menganjurkan makmun solo supaya mengambil tempat di sebelah kanan imam.


Dan solat pula diakhiri dengan memberi salam ke arah kanan terlebih dulu.


Di samping menunjukkan arah atau duduknya sesuatu, maka kanan juga mempunyai erti yang tersirat. Pada umumnya kanan memberi erti baik atau mulia.


Dalam bahasa Melayu kita “Kanan” bererti baik, beruntung, utama atau penting.


Seperti kata-kata “orang kanan” yang bererti “orang penting”; “langkah kanan” bererti “langkah yang menguntungkan”, “penolong kanan” ertinya “penolong yang utama”, atau orang nombor dua.


Dalam Bahasa Inggeris kanan ialah “Right” yang memberi erti sesuatu yang “benar, tepat, baik atau betul”.


Kata Allahyarham Yusoff Zaky Yacob, dalam Bahasa Arab perkataan “Yamin” bererti kanan yang berpunca dari pokok kata “al-Yamin [al-Yumnu] yang bererti keberkatan atau kebajikan yang melimpah. “Yamin” juga membawa erti “Sumpah Ikrar”.


Adakah mana-mana kaum atau bangsa yang budayanya tidak menganan? Kalau manusia perseorangan memang ada yang mengiri. Sepanjang hayat saya, saya pernah menemui beberapa orang yang mengiri. Tapi untuk satu bangsa saya tidak pasti.


Walau bagaimanapun menganan atau menggunakan anggota kanan adalah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah SWT. Malah kita boleh membuat kesimpulan bahawa majoriti umat manusia di dunia ini dijadikan Allah sebagai menganan, baik di uatara dunia atau di selatan, baik di timur ataupun di barat.


Justeru itulah kebanyakan peralatan untuk membantu kemudahan hidup manusia direka untuk majoriti manusia yang menganan.


Sebagai contohnya  butang baju dan butang seluar diletak untuk kemudahan orang menganan, demikian juga dengan zip-zip seluar atau baju disediakan untuk orang menganan.


Suiz-suiz radio dan tv, semuanya disediakan untuk mereka yang menganan.


Suiz-suiz kereta, dan cara menghidup kereta dengan anak kunci juga menganan.


Pengunci jam tangan, dan cara mengunci jam untuk orang menganan.


Tumbul pembuka pintu, penyelak pintu dan sebagainya dicipta untuk orang menganan.


Pemandu beca roda tiga duduk di sebelah kanan, dan penumpang yang hendak naik beca, kena melangkah naik dengan kaki kanan.


Penembak-penembak yang menggunakan senapang ketika membedek mencari sasaran yang tepat menggunakan mata kanan dengan mengencengkan mata kiri.


Sadat ata sabit yang diguna oleh para petani untuk mencerut rumput pun matanya dibuat dalam bentuk melengkung untuk mereka yang menganan.


Pemain-pemain bola sepak menendang bola dengan kaki kanan, walaupun mereka mungkin boleh menggunakan kedua-dua belah kakinya,


Demikian juga dengan sukan-sukan yang lain, pemain-pemiannya menggunakan tangan atau kakikanan ketika beraksi, seperti badminton,lempar piring dan lembing, hoki, sepakraga dan sebagainya.


Namun begitu sistem jalanraya-jalanraya di sesetengah negara, lorong memandu adalah di terletak di sebelah kiri, kecuali Malaysia lorang memandu di sebelah kanan. Justeru itu kedudukan letak stering kereta disesuai dengan ketetapan lorong memandu itu, iaitu ada kereta yang setereng memandunya terletak di sebelah kanan dan ada setereng diletak di sebelah kiri disesuaikan dengan undang-undang jalan raya di sesebuah negeri atau negara.


Demikianlah sedikit bicara tentang kanan.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg. Kubang Siput, Parit,
Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.




Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP