APA YANG ADA DALAM SAYUR YANG KITA MAKAN

>> Sunday, March 13, 2016




APA ADA DALAM SAYUR YANG KITA MAKAN?

Adakah kita suka makan sayur?

Atau tidak suka makan sayur?


                                     Syafiq Ikut Memilih Sayur Kesukaannya


Anda suka atau tidak suka , sayur adalah sejenis bahan makanan yang berguna untuk kesihatan jasmani kita.


Akibat tidak makan sayur, mungkin kita akan mengalami kekurangan zat-zat makanan yang sewajarnya ada pada diri kita, terutama Vitamin C.


Oleh itu jangan lupa makan sayur. Pilihlah sayur-sayur yang anda gemari memakannya, supaya anda mampu memakannya kerana secucuk dengan selera anda yang kadang-kadang rakus.


Namun begitu anda hendaklah berhati-hati dalam memilih sayur, kerana bukan semua sayur yang anda suka makan itu baik, berzat atau sesuai dengan sitiuasi yang ada pada jasmaniah anda.


Ada sayur yang tidak sesuai dengan kesihatan anda atau anda alergik dengannya, ada sayur yang kurang mengandungi zat malah ada sayur yang hampir langsung tidak mempunyai apa-apa zat.


Malah ada sayur-sayur tertentu yang digalakkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk kita memakannya, terutama untuk membantu kita supaya cepat sembuh daripada sesuatu penyakit.


Pesakit-pesakit jantung, penghidap kencing manis, dan darah tinggi digalakkan memakan banyak sayur setiap hari, iaitu sayur-sayur yang sesuai dengan kesihatan mereka masing-masing.


Justeru kita bukan sahaja digalak memakan sayur-sayur setiap hari, tapi juga di diminta mengenali mana-mana sayur-sayur yang patut dimakan kerana banyak mengandungi zat, dan menjauhi sayur-sayur yang tidak berzat.


                                     Aneka Sayur Untuk Pilihan


Di sini saya perturunkan sebahagian daripada sayur-sayuran tempatan yang sering kita makan dan kandugan zat yang terdapat di dalamnya. Bahan ini saya petik daripada buku kecil "Makanan-makanan Tempatan Yang Murah Dan Berzat" yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Amalan Makanan Dan Pemakanan Jajahan Pasir Mas, Kelantan, tidak bertanggal, yang saya rasa berusia  kira-kira 30 tahun.

Dari Jenis Sayur-sayuran berzat dan murah


1.Pucuk Ubi Kayu, mengandungi 7 gm protein, 150 gm kalsium, 3.0 mg. Zat Besi, 8000 mcg vitamin A, 3.0 Vitsmin B Kompleks, dan 80 mg vitamin C.

2.Pucuk Paku, mengandungi 5 gm Protein, 100 mcg vitamin A, 1.5 vitamin B Kompleks dan 60 mg vitamin C.

3.Pucuk Ketereh, mengandungi  3 gm protein, 50 gm kalsium, 4.0 mg zat Besi, 2000 mcg vitamin A, 2.0 vitamin B Kompleks dan 200 mg vitamin C.

4.Pucuk Keledek atau Ubi Stelo, mengandungi 3 gm protein, 100 gm kalsium, 5.0 zat Besi, 3000 mcg vitamin A, 1.5 mg vitam B Kompleks dan 20 mg vitamin C.


5.Kangkong, mengandungi3 gm protein, 50 gm kalsium, 3.o mg zat Besi, 3000 mcg vitamin A,  1.5  mg vitamin B Kompleks dan 40 mg vitamin C,


6.Cekor Manis, mengandungi 7 gm protein, 300 gm Kalsium, 4.0 mg zat besi, 1028 vitamin A, 2.0 vitamin B Kompleks dan 100mg. 100 mg. vitamin C


7.Kacang Panjang, mengandungi 3 gm protein, 50 gm Kalsium, 1.0 mg Zat Besi, 2000 mcg vitamin A, 1.5 mg vitamin B Kompleks, dan 40 mg vitamin C.


8.Bayam Merah, 3 gm Protein, 3000 gm Kalsium, 5.0 mg. Zat Besi, 6000 mcg vitamin A, 1.5 mg vitamin B Kompleks dan 80 mg vitamin C.


Sayur-sayuran Berzat Tapi Mahal


9.Lobak Merah mengandungi 1 gm protein, 50 gm Kalsium, 1.0 zat Besi, 5000 mcg vitamin A, dan 1.5 mg vitamin B Kompleks.


10.Sawi mengandungi 2 gm protein, 150 gm Kalsium, 3.0 gm zat Besi, 2000 mcg vitamin A, 1.0 mg vitamin B Kompleks dan 800 mg vitamin C.


Sayur-Sayuran Tidak Berzat Tapi Mahal


11.Tomato mengandungi 1 gm Protein, 1.0 zat Besi, 1000 mcg vitamin A, 0.5 mg vitamin B Kompleks dan 20 mg vitamin C.


12.Sayur Salad mengandungi 2 gm Protein,  50 gm Kalsium, 2.0 mg zat Besi, 2000 mcg vitamin A, 1.0 vitamin B Kompleks dan 20 mg vitamin C.


13.Timun mengandungi 1 gm Protein, 50 gm Kalsium, 0.5 mg vitamin B Kompleks, dan 20 mg vitamin C.


14.Bunga Kobis mengandungi 3 gm protein, 50 gm Kalsium, 1.0 zat Besi, 1.0 vitamin B kompleks, dan 80 mg vitamin C.


15,Kobis mengandungi 1 gm Protein, 50 gm Kalsium. 1.0 mg zat Besi, 1.0 vitamin B Kompleks, dan 80 mg vitamin C.


16.Terong, mengandungi 2 gm Protein, 50 gm Kalsaium, 1.0 mg zat besi, dan 1.0 mg vitamin B Kompleks.


17.Bendi atau Kacang Mior, mengandungi 2 gm Protein, 1.0 zat Besi, 1.0 vitamin B Kompleks dan 20 mg vitamin C.


18.Peria mengandungi  1 gm Protein, 50 gm Kalsium, 2.0mg zat besi dan 60 mg vitamin C.


19.Rebung mengandungi 3 gm Protein, 1.0 mg zat besi,  dan 1.0 mg vitamin b Kompleks.


Sekian, Salam Hormat Takzim dari kami

Lorong Masjid al-Qasimi, 
Kg.Kubang Siput, Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
























































































 
.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP