MARI BERTEWAS, TAPI JANGAN ILAT

>> Thursday, April 7, 2016







MARI BERTEWAS. TAPI  JANGAN ILAT!!!


Hidup ini memang penuh dengan perjuangan. Bertewas atau berlawan adalah perkara biasa. Siapa yang menang dia berjaya.

Anak-anak atau cuc-cucu kita sekarang, yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi pun terpakasa bertewas dengan pelajar-pelajar lain yang mungkin berebut-rebut untuk memasuki tempat yang serupa. Kalau tempatnya sedikit pertandingannya tentu sengit. Kalau cukup syarat dan bernasib baik  mereka menang dan berjaya.

Namun begitu ada orang yang tidak bersedia menerima kekalahan, lalu mereka laku berbagai-bagai untuk memenangkannya, walaupun di luar kewajaran. Mereka mencipta pertandingan yang tidak sihat. Biasanya mengikut jalan haram.

Cara Bertewas

Ada beberapa cara bertewas itu berlangsung. Pertama berupa anjuran pihak lain, dan kedua bertewas tanpa penganjur, dan berlangsung secara senyap-senyap.

Bertewas berpenganjur ini biasanya pertandingan dalam bidang seni budaya dan sukan, malah dalam bidang keagamaan juga dimasukkan unsur-unsur brtewas.

Bertewas dalam bidang seni, antaranya dalam bidang karang mengarang, seperti mencipta puisi, cerpen, novel, drama dan essei.

Dan pertandingan yang sentiasa popular ialah pertandingan lagu, iaitu untuk memilih penyanyi-penyanyi yang mempunyai suara yang menarik dan merdu. Kalau kita lihat pertandingan ini yang berlangsung diTV amatlah mersiahnya.

Dan akhir-akhir ini menjadi popular pula pertandingan membuat orang ketawa, pertandingan melawak. Mereka yang terpilih sebgai juara, tidak dipanggil juara lawak, tapi lebih tinggi diangkat darjahnya, iaitu  sebagai raja lawak. Woo hebatnya!

Bertewas dalam bidang budaya seperti pertandingan tari menari, pertandingan silat, iaitu silat cantik tarinya dan silat jatuh.

Pertandingan dalam bidang masak memasak untuk lama mencapai peringkat intrnasional. Dalam hal ini makanan yang ditnani  itu mestilah cepat disiapkan, kelihatan indah dan lain-lain serta sedap rasannya kepada selera pengadil. Baru boleh diangkat sebagai wira masak.

Memelihara burung adalah sejenis kegemaran yang telah lama di kalangan orang-orang Melayu. Justeru tidaklah hairan kalau burung-burun pun dimasukkan ke dalam kategori pertandingan.Biasanya burung yang dipertandingkan ialah burung ketitir atau merbuk, burung candik, burung tekukur. Yang dipertandingkan ialah suara-suara burung-burung tersebut.

Ikan adalah sejenis makanan yang digemari oleh manusia di seluruh dunia. Daripada ikan-ikan itu ada jenis-jenis ikan tertentu tidak dijadikan makanan, tapi dipelihara untuk suka-suka kerana rupanya yang cantik dan sebagainya.

Justeru ikan-ikan itu juga dijadikan bahan pertandingan. Antaranya memilih juara menangkap ikan dan juga pertandingan belaga ikan, yang pada masa dulu pertandingan berlaga ikan ini melibatkan perjudian, sebagaimana pertandingan larian kuda lumba hari ini. Yang berbeza pertandingan ikan, dan pelaga ayam dilakukan secara haram, tapi pertandingan kuda lumba dilakukan secara halal di sisi undang-undang, walaupun kedua-duanya sama-sama berjudi.

Pada suatu ketika suara belalang pun dipertandingkan untuk diperdengarkan di khalayak ramai. Sehingga timbul kisah-kisah yang seram, tentang kemunculan “belalang pelesit”.

Dalam bidang alat permainan, seperti pertandingan rebana, khususnya rebana ubi, pertandingan memalu kertok, pertandingan meniup flute, memain viola dan sebagainya.

Wau atau layang-layang adalah sejenis permainan tradisi orang-orang Melayu yang diangkat ke peringkat antara bangsa. Ada dua jenis bentuk pertandingan wau, iaitu pertandingan wau cantik dan pertandingan wau naik.

Di samping itu ada pula pertandingan memilih ratu cantik ayam, umpamanya ayam serama yang indah rupa parasnya, sebagaimana dilakukan dalam pemilihan ratu cantik di kalangan manusia.

Dan yang paling popular dan hidup sampai sekarang ialah bertewas berdikir, iaitu berdikir barat.

Sejauh yang ketahui bertewas dalam bidang sukan amatlah banyak. Macam-macam jenis, dan kebanyakan berada di peringkat antara bangsa. Antara yang digemari ramai ialah bola sepak dan badminton.

Bertewas dalam bidang agama pula, seperti pertandingan membaca al-Quran, untuk memilih qari dan qariah yang berwibawa pembacaannya, pertandingan bezanji, bersalawat dan sebagainya.

Para pemenang pertandingan itu dikenali dengan nama juara, seperti juara badminton, juarabola sepak dan sebagainya.

Biasanya jika pemenang-pemenang itu menyertai pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh sesuatu pihak, mereka akan diberikan hadiah-hadiah tertentu oleh pihak penganjur. Hadiah-hadiah itu ada berupa wang atau barang-barang.

Pertandingan Tanpa Penganjur

Pertandingan tanpa penganjur adalah pertandingan sendiri-sendirian. Orang yang dijadikan lawan bertewas pun mugkin tidak menyedarinya, atau baru menyedarinya lama kemudian, setelah merasa kesan-kesan pertandingan yang amat dirahsiakan itu.

Pertandingan seperti ini biasanya berlaku kerana berebutkan sesuatu, biasanya melibatkan perniagaan atau melibatkan manusia yang menjadi perebutan, iaitu lelaki merebut wanita dan wanita merebut lelaki.

Bila perniagaan seseorang maju, peniaga lain biasanya akan cemburu dan marah, kerana perniagaan makanananya tidak semaju rakan niaganya itu yang telah dianggap lawan. Lalu diapun berusaha untuk menumpaskan rakan niaganya itu dengan apa cara sekali pun.

Kalau dia berusaha menambahbaikkan lagi pernaigaannya tidaklah mengapa. Tapi malangnya mereka tidak berbuat demikian. Mereka lakukan jalan pintas memusnahkan perniagaan dan juga pengusahanya yang dianggap musuh dengan secara ghaib menggunakan ilmu hitam. Tegasnya mereka mengguna sihir.

Demikian juga dengan bisness yang lebih tinggi, untuk memperolehi sesuatu projek besar, mereka tidak takut-takut menggunakan ilmu sihir untuk menumpaskan lawannya dan dia yang berjaya mendapat projek tersebut.

Hari ini, perkara-perkara seperti ini kian banyak yang berlaku di seluruh negara. Berapa ramai orang ramai orang yang telah menjadi korban sihir, baik mereka sedari ataupun tidak sedari. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Pengguna-pengguna sihir akan dilaknat.

Sepatutnya mereka bertewas untuk melakukan kebaikan. Bertewas untuk berbuat kebajikan. Bertewas untuk bersedekah. Bertewas menolong orang-orang susah, anak-anak yatim dan sebagainya dari kerja-kerja kebajikan, bukannya bertewas untuk memusnahkan orang lain yang tidak berdosa.

Marilah kita kembali ke jalan yang benar, jalan yang diredai Allah. Jangan main ilat. Nanti berdosa. Bertanding dengan bersih sebagai hamba Allah yang ikhlas dan jujur untuk mendapat keredaan-Nya. Semoga kita berbahagia di dunia dan di Akhirat.


Jalan Teratai,
Soujana Utama 3,
Selangor.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP