BILA PENULIS BERTEMU MATA

>> Friday, May 13, 2016






BILA PENULIS BERTEMU MATA

KEMARIN, sahabat-sahabat penulis datang melapangkan masa berkunjun  ke Pondok Rahmat.


Dari kiri:
Abdul Razak Mahmud
Zakaria Muhammad
Mohd Zain Saleh


Mereka datang ke Pondok di waktu pagi, kedatangan yang menyenangkan.


Alangkah senangnya hati dapat bertemu sahabat-sahabat penulis setelah selian lama berjauhan pandangan.

Mereka adalah bertiga, Abdul Razak Mahmud [yang biasanya dipanggil mesra Ustaz Jak], Cikgu Zakaria Muhammad,yang dikenali dengan panggilan Z. Beliau seorang guru dan menulis sejak tahun 1960an, sengkatan dengan penulis S. Othman Kelantan, Alias Harun, Abdullah Muhammad, Ariffin Nor dan lain-lain.


Sudah bertahun-tahun lamanya Z an saya tidak bertemu, maka pertemuan pagi kelmarin amat menyenangkan.


Ustaz Jak pula telah menulis sejak tahun 1960an, dan  bersara dari Majlis Agama Islam Kelantan dan masih  menjadi Editor Tamu MAIK sejak tahun 2010. Sejak kebelakangan ini Alhamdulillah kami sering  bertemu.


Seorang lagi tamu ialah Bahrain seorang pegawai MAIK sekarang.


Dan tuan pondok pula Mohd Zain Saleh, juga telah menulis sejak zaman persekolahan tahun 1960an lagi. Beliau amat berbesar hati menyambut ketibaan mereka, dan berharap suasana-suasana seperti itu akan terus bersambungan.

Pertemuan sesingkat itu amatlah menyenangkan dan kami sempat mengimbau kembali suasana-suasana dunia penulisan sektar tahun 1960an dan 70an di Kelantan yang menggembira dan menghangatkan, serta memberannsangkan, dan tidak dingin dan beku seperti hari ini. Ia menghidupkan nostalgia untuk kembali ke zaman lalu yang tidak mungkin dapat dinikmati lagi.


Dari:
Barain
Abdul Razak
Zakaria
Mohd Zain


Justeru tulisan ini merupakan catatan ringkas, sebagai secebis kenangan manis bersama para penulis yang dikasihi yang akan menjadi ingatan sepanjang zaman, maka tidaklah saya bermaksud untuk memanjangkan penulisan ini mengenainya.


Salam hormat dari saya,
Mohd Zaian Saleh.
[13 Mei 2016]
                                       

Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP