TANAM-TANAMAN JUGA PERLUKAN KASIH SAYANG

>> Friday, January 13, 2017








TANAMAN-TANAMAN ANDA MEMERLUKAN KASIH SAYANG UNTUK HIDUP


Semua tanaman-tanaman yang anda tanam, secara kecil-kecilan atau besar-besaran memerlukan belaian dan kasih sayang untuk hidup dan dan subur.


Para petani yang lumrah dengan tanam-tanaman memang amat mengetahui untuk hidup subur dan mengeluarkan hasil, semua pokok-pokok yant mereka tanam, memerlukan layanan yang sewajarnya, antaranya memerlukan baja dan air yang memadai dan dan melindunginya dari ancaman atau serangan makhluk-makhluk perosak.


Tapi untuk hidup dengan lebih subur lagi, mengikut kajian sains, tanam-tanaman anda bukan sahaja memerlukan baja dan air, tapi seperti makhluk manusia juga, memerlukan kasih sayang, iaitu pujuk rayu, dan belaian manja yang menyenangkan serta memperdengarkan lagu-lagu yang lonak merdu.


Ini adalah hasil kajian sains yang pernah  dijalankan di luar negara. Dalam kajian tersebut pokok-pokok gandum di sebuah ladang di Ontario, Kanada dilaporkan tumbuh dengan subur setelah diperdengarkan dengan lagu-lagu gisikan biola yang menyenangkan.


Demikian juga dengan pokok-pokok gandum di sebuah ladang di Normal, Illonois dilapor mengeluarkan hasil yang lebih baik setelah diperdengarkan lagi dengan sebuah lagu yang populer, iaitu “Silver Threads Am,ong The
Gold”.


Laporan kajian ini telah dibuat oleh seorang Assosiat Proffesor di Station Ujian Pertanian Ohio di Wooster, Ohio.


Demikian juga pelajar-pelajar di Junoir High School, North Olmstead  pernah menjalankan ujian secara sainstifik mengenai kesan-kesan antara kata-kata dan musik-musik yang kasar dan lemah lembut terhadap tanaman, Dalam ujian tersebut sebanyak 15 biji kacang lima telah diuji dalam masa 15 minit, setiap malam, untuk selama 2 minggu. Kacang-kacang itu dibahagi-bahagikan kepada 4 bahzgian, tiap satu bahagian mengandungi 3 biji kacang untuk diuji, dan sebiji kacang lagi dijadikan “penentu”.


Sebiji kacang “penentu” itu tidak diperdengarkan sebarang kata-kata ataupun musik. Tapi biji-biji kacang selebihnya itu diperdengarkan dengan gisikan biola Hungarian, rekod lagu Beatle, kata-kata yang berupa maki hamun dan juga kata-kata yang berupa pujuk rayu dan kasih sayang.


Tahukah anda apakah hasilnya?


Biji kacang lima yang diperengarkan dengan kata-kata belaian kasih sayang didapai tumbuh dengan lebih subur daripada biji kacang yang lain.


Biji-biji kacang yang diperdengarkan dengan gisikan biola pula lebih cepat tumbuh daripada biji-biji kacang yang diperdengarkan dengaan musik rancak, Beatle.


Sebaliknya biji-biji kacang yang diperdengarkan dengan kata-kata kutukan dan cacian hampir tidak mahu tumbuh dan kurus kering keadaannya.


Tentulah amatlah wajar kalau tanam-tanaman memerlukan kasih sayang daripada manusia, sebab menyintai tanam-tanaman atau kebun ladang adalah merupakan sebahagian daripada berbagai-bagai fitrah  manusia.


Allah berfirman,
“Dihiaskan [dan dijadikan indah] kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingin nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikiul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia ini. Dan [ingatlah] pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya, iaitu syurga”. –Ali-Imran:14.


Ayat suci itu dengan jelas menunjukkan bahawa menicntai tanam-tanaman adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, justeru itu memanglah wajar andainya tanam-tanaman itu menagih kasih sayang dari mereka.

Bagaimana andainya para petani kita bila turun ke sawah atau ke bendang untuk menabur benih atau mencedung padi memainkan musik-musik yang merdu untuk menghiburkan hati mereka dan serentak itu juga menghiburkan tanam-tanaman mereka supaya tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang lebih lumayan.


Dan bagaimana pula ketika menyiram pokok-pokok bunga di laman rumah, anda ucapkan kata-kata yang lemah lembut, rasa rindu dan kasih sayang anda kepada mereka, ataupun anda dendangkan lagu-lagu tertentu dengan suara yang merdu. Sambil menghibur hati, sambil menghibur tanam-tanaman anda. Dan tenguklah sendiri hasilnya nanti.


Atau sebagai seorang Muslim anda perdengarkan ayat-ayat suci al-Quran atau anda bersalawat untuk mereka mendengarnya.


Tapi awas janganlah terlalu leka dengan melayan dan menyiram pokok-pokok bunga, dan mendendang lagu-lagu untuknya sehingga azan Maghrib telah lama bergema anda masih lagi menyanyi dan menyiram pokok-pokok bunga anda, membelai kasih dengan mereka. Saya percaya jika anda berbuat demikian, maka pokok-pokok itu tidak lagi akan mencintai anda dengan sewajarnya, malah sebaliknya akan mengutuk anda, kerana menjadi manusia yang tidak mengenang budi kepada Allah Yang Maha Pencipta.


Walau bagaimanapun, idea ini kalau anda mahu, bolehlah anda mencubanya, kerana ianya tidak merugikan anda apa-apa, mana tahu kalau ia berjaya, anda akan menjadi lebih gembira dan bersyukur kepada Allah SWT. Insyallah.



Lorong Masjid a-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,
Kota Bharu, Kelantan.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP