BOLEHKAH AKU MENCIUMU?

>> Wednesday, February 15, 2017








BOLEHKAH AKU MENCIUMMU?

Pada suatu masa ada sepasang teruna dan dara sedang dilamun ombak cinta. Sang teruna namanya Abdul Rahman bin Ammar Al-Jasymi dan sang dara pula namanya Salmah.





Abdul Rahman terkenal sebagai seorang pemuda yang warak dan bertakwa. Pada suatu hari dia telah bertemu dengan buah hatinya Salmah untuk mengubat rasa rindu di hati.

Seperti biasa kepada orang yang sedang dilamun cinta, berkatalah Salmah kepada kekasihnya berupakan pengakuan cintanya yang tulus ikhlas.

Kata Salmah:
”Demi Allah aku mencintaimu”.

Jawab Abdul Rahman:
“Demi Allah aku juga mencintaimua”.

Berkata lagi Salmah tanpa segan silu:
“Bolehkah aku meltakkan pipiku ke atas pipimu?”.

Jawab Abdul Rahman:
“Demi Allah, aku juga ingin melakukan perkara yang demikian terhadapmu”.

Menjawab Salmah:
“Tapi apakah yang menghalang kamu berbuat demikian kepadaku?”.

Maka berkatalah pemuda yang warak itu:
“Oh ya. Sebabnya ia akan menimbulkan kebencian. Aku mendengar berfirman Allah yang berbunyi, “Pada hari itu sahabat-sahabat karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan takwa”.

Salmah tidak berkata apa-apa mendengar kata-kata kekasihnya itu, dan Abdul Rahman pun lalu menyambung madah:
“Aku tidak ingin berlakunya permusuhan antara kita”.

Kemudian Abdul Rahman lalu bangkit meninggalkan kekasihnya ng Salmah dan kembali kepada ibadahnya kepada Allah.

Adakah siapa antara pemuda-pemuda zaman sekarang yang mampu berbuat seperti Abdul Rahman ini. Mungkin adakah lagi?



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,Pasir Tumboh, 
Kota Bharu, Kelantan.










0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP