KOLEH KACANG

>> Thursday, March 2, 2017





KOLEH KACANG


Dari Ceruk Dapur Cik Siti

Bahan-bahan:

300 gram kacang hijau,digiling/tumbuk menjadi tepung.
150 gram manisan atau gula melaka.
150 gram gula pasir
1 biji kelapa diparut/kukur dan diperah dengan 5 cawan air
2 helai daun pandan
2 biji kelapa, diperah diambil santan dan ditanak hingga keluar “tahi minyak”
Garam secukup rasa.

Cara

Masakkan manisan/gula melaka dengan sedikit air, dan masukan daun pandan yang dicaing-caing. Setelah mendidih padamkan api, biarka ia sejuk dan buangkan daun pandan.

Gaul santan dengan tepung kacang, air, gula dan garam, dan masakkan dengan api yang sederhana hingga pekat.

Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan “tahi minyak” tadi ke atasnya. Biarkan ia sejuk.

Hidang dan nikmatilah.

Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”: HR:Bukhary & Nasai
.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
. 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP