SAMBAL IKAN

>> Monday, March 27, 2017




SAMBAL IKAN PUTIK PAUH

Dari Ceruk Dapur Cik Siti

Sambal ikan bukan sejenis lauk-pauk,
tapi sebahagian daripada hidangan pembuka 
selera atau penyedap makan.





Bahan_bahan


1.Ikan selayang (sardin) 3 ekor
2.Putik pauh ringan 2 biji
(mempelam telur 2 biji)
3,Ikan kering atau garam cukup rasa
4.Lada burung (lada kecil ikut suka)
CARA
À)_
Ikan selayang dipanggang tawar (jangan sampai garing), kemudian dibuang tulang dan diperisikan
Ikan kering dibakar jangan garing, dibuang tulang dan diperisikan
_Mempelam dicincang halus atau diparut.






B)
Pauh parut, garam dan lada ditumbuk dalam lesung
Kalau guna ikan kering, tumbuk dengan ikan kering, jangan sampai lumat atau hancur
Rasakan masam masinnya,
Boleh dihidang,
Makan dengan nasi putih, ikan bakar, jeruk mamam, tembikai berkuahkan sayur lemak atau Ikan sinnggan.
Biasanya ikan itu dicicah dengan kuah jeruk mamam.

Untuk ibu-ibu yang baru bersalin atau dalam pantang, mempelam hendaklah diganti dengan lada hitam [lada benar] sekadar diperlukan. Ini dapat memanaskan badan ibu. Makan-makan masam atau sejuk tidak sesuai untuk ibu dalam pantang.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP