ASYHADU AL LAAG ILAAHA ILLAL LAAH [2]

>> Saturday, April 22, 2017





ASYHADU AL LAA ILAAHA ILLAL LAAH…..
Tiang Seri Agama Islam [2]


[Pada bahagian 1 yang lalu kita telah membawa selayang pandang pendapat Allahyarham Dato’ Yusof Zaky Yacob mengenai  falsasfah ucapan ASYHADU AL LAA ILAAHA ILLAL LAAH yang begitu penting ertinya kepada semua umat Islam. Untuk seterusnya kali ini kita angkat pula sebuah pandangandaripada tokoh agama yang tidak asing lagi mengenai jodol yang sama. Ikutilah dengan teliti pembicaran beliau itu].





Ditegaskan:

“RUKUN pertama yang sangat penting bagi orang yang memeluk Islam, iaitu mengucap dengan lidah serta mempercayai dengan hati ucapan dua kalimah syahadah, iaitu:

Laa Ilaaha Illal Laah, Muhammadar  Rasuul Laah

Ertinya, “Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad Utusan Allah”.

Ucapan: Laa Ilaaha Illal Laah itu mestilah diikuti dengan Muhammadar Rasuul Laah dalam segala ucapannya. Sebab itu syahdah ini mesti bersmbung, tidak boleh dipisahkan oleh kalimah atau perkataan yang asing, barulah dikira syah syahadah itu. Kalau tidak bersambung, maka mestilah diulang syahadah, ataupun dalam bahasa Arab “assyahadataan”.

Apabila seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah. maka dia dihukumkan orang Islam, dan tertakluk kepada semua syarat-syarat dan undang-undang Islam. Tentang masalah niat dan kepercayaan hatinya terserahlah kepada Allah SWT. Yang Maha Mengetahui. Umpamanya jika dia mengucapkan dengan lidah untuk mengelakkan diri dia dari dibunuh oleh orang Islam di medan perang, tetapi di dalam hatinya dia tetap dalam kufur, maka kita hanya menghukumkan dengan zahirnya sahaja, iaitu dia dikira orang Islam.

Allah Taala berfirman dalam Hadis Qudsi berbunyi, maksudnya:
“Laa ilaaha illal laah itu benteng Ku, dan sesiapa yang memasuki benteng Ku terselamat ia dari seksa Ku”.

Kemudian firman Nya dalam Surah Muhammad berbunyi: [maksudnya}:
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan-perbuatan baik, dan mempercayai apa [wahyu] yang diturunkan ke atas Muhammad, dan itu adalah satu kebenaran dari Tuhan mereka, Tuhan akan menebus segala kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka”.-Muhammad:2.

Apabila seseorang itu telah memeluk Islam, maka samalah seperti ia telah memasuki benteng Allah dan ia akan terselamat daripada seksaan Allah, sekiranya ia mematuhi perintah Nya dan menjauhi segala larangannya, iaitu yang disimpulkan dengan bertaqwa sepenuhnya kepada Allah Taala, tetapi jika dia lalai dan cuai dalam memenuhi apa yang dituntut kepadanya oleh Allah, maka dikira dia  seorang yang berdosa, sedang iktikad dasn kepecayaan tidak terganggu-gugat. Maka orang ini kiranya Allah mahu mengampunkannya terserahlah kepada kehendak Nya, atau kalau mahu menghukumnya, maka hukuman itu akan dikenakan ke atasnya menurut dosa yang dilakukannya. Selesai menerima hukuman, ia akan dibenarkan memasuki syurga yang dijanjikan untuk orang-orang beriman itu.

Berbeza dengan orang-orang kufur atau syirik kepada Nya, sebab dosa kufur dan syirik itu dosa yang tidak terampun sama sekali. Betapa boleh diampunkan pada hal orang yang kufur mengingkari Tuhan yang menciptakan dirinya, tidak mahu mengakui Nya. Demikian pula dengan orang-orang yang syirik, dia mahu menyembah tuhan, tapi tuhan yang disembah itu bukan tuhan sebenarnya. Dia menyembah berhala padahal berhala itu batu yang dibuat dengan tangannya sendiri. Dia menyembah binatang, padahal binatang itu tiada berkuasa, kalau tidak diberikan makan dia akan mati, dia sendiri tidak mampu menolong dirinya sendiri, betapa pula akan menolong dan membantu orang lain.

Atau pun ada orang yang mempercayai tuhan yang berkuasa, tapi dia keliru sehingga dia mengambil bukan satu tuhan, tapi banyak tuhan, pada hal yang berbilangan tuhan itu bukan tuhan, yang satu diiktikadkan  mempunyai kuasa yang tertentu yang mana kuasa itu tidak dipunyai oleh tuhan yang lain. Jadi tuhan itu tidak mempunyai kekuasaan yang penuh, kalau begitu bagaimana boleh dikatakan tuhan.

Sebab itu untuk menyelamatkan umat manusia daripada tersalah dan keliru, maka Allah Taala telah mengutus para Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar, jalan untuk mengenal Tuhan yang esa, Tuhan Maha Pencipta Maha Kuasa, pada setiap zaman dan masa. Allah Sangat Maha Belas Kasihan kepada ummat Nya, ditunjukkan cara-cara bagaimana  mereka harus mempercayaai tuhan yang benar, dikirimkan para utusan Nya untuk membimbing mereka dan memberikan dalil dan hujah supaya mereka tidak syak dan sangka. Tapi manusia sifatnya memang lekas lupa, sudah ditunjukkan pun masih mahu menderhaka. Semua Nabi dan Rasul banyak diderhakai, tidak cukup dengan didustakan terus me nganiaya.

Sebab itu Allah Taala tidak mahu mengampunkan dosa kufur dan syirik itu, lalu berfirman, bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa jika Dia dipersekutukan dengan sesuatu yang selainya. Tapi Dia mengampuni dosa selain dari itu kepada sesiapa yang disukainya Nya”. An-Nisak:48.

Allah memberitahu kita bahawa dosa syirik itu adalah amat besar, sehingga Dia tidak mahu mengampuni sesiapa yang memperduakan Nya, Hal ini telah disitiyarkan Nya di dalam banyak ayat Nya yang lain untuk memperingatkan manusia akan dosa kufur dan syirik itu, sehingga Ia mengumpamakan orang yang syirik itu sebagaimana bunyi ayat ini, maksudnya:

“Dan sesiapa yang mempersukutukan Allah itu umpama ia jatuh dari atas langit lalu disambar oleh burung atau dibawa angin ke tempat yang jauh”.- Al-Haj: 31.

Cubalah gambarkan betapa gerunnya orang yang mati dalam kufur itu atau syirik itu, seperti mana diceritakan oleh Allah SWT itu. Perumpamannya seperti orang yang dilemparkan dari atas langit, sudah menanggung seksa jatuh dari tempat yang begitu tinggi, lalu disambar oleh burung atau dibawa oleh angin ke tempat yang jauh. Sebab di mana-mana tempat dibawanya tidak ada yang mahu menerimanya, sehingga dilontarkan ke dalam lubang kubur yang merupakan sebagai lubang api yang dikumpulkan di dalamnya dengan berbabagi-bagai seksa yang dasyhat, Ini sebelum dikenakan ke atasnya seksa hari kiamat dan seterusnya seksa api neraka yang meruapakan azab yang tidak ada taranya kekal di dalamnya buat selama-lamanya.

Al-Imam Ibnu Kathir berkata, “Roh orang kafir itu bila dinaikkan ke atas langit, semua pintu-pintu langit tidak ada satu pun yang dibukakan untuknya dari mendatangi satu pintu ke pintu yang lain,sehingga akhirnya dicampakkan di situ, lalu jatuhlah ia bergulung-gulung seperti diceritakan mengenianya oleh firman Allah Taala tadi”.

Dipetik dari:

Syed Ahmad Semati,
Seorang ulama, Penulis, penterjemah dan pendakwah dalam:

Al-Quran Dan Bicara Islam,
Terbitan: Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.
Kota Bharu, Kelantan.[1992].


Lorong Masjid Al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP