SELAMAT PENGANTIN BARU AYEH TEH

>> Monday, May 8, 2017







SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG MAN DAN CIK NORIAH






Baru-baru ini kami mengadakan majlis kecil-kecilan di rumah kami. Hanya beberapa orang teman masjid dan jiran tetangga yang diundang ke majlis tersebut.

Kami juga mengambil kesempatan mengundang sepasang pengatin baru untuk hadir bersama untuk meraikan perklahwinan mereka.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.







Pengantin baru itulah Cikgu Abdul Rahman dari Salor, dan Cik Noriah dari Pasir Mas yang telah melangsungkan pernikahan beberpa hari sebelumnya. 

Dalam keluarga kami beliau di kenali dengan nama Ayah Teh.




Cik Gu Abdul Rahman, [Cikgu Man] adalah bekas abang ipar kami yang isterinya kakak kami, Cikgu Zubaidah telah meninggal dunia kira-kira dua bulan sebelumnya. Meninggalkan dua orang anak yang berada di luar Kelantan.

Didoakan semoga perkahwinan mereka aman  bahagia, serta diredai Allah.






Tulisan dan foto-foto ini dirakamkan  sebagai tanda kegembiraan kami menhambut perkahwinan tersebut dan  sebagai secebis dari tanda-tanda sejarah kekeluargaan untuk masa-masa akan datang.

Harap maaf jua.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP